Sejauh manakah sistem pendidikan tamadun-tamadun awal di Asia Timur menjurus ke arah menyediakan pelajar untuk peperiksaan awam.
Posted by : canalius
Saturday, February 3, 2018
PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan
sesebuah bangsa dan menjadi tunjang kepada perkembangan sesebuah tamadun. Proses
pendidikan bermula serentak dengan kewujudan manusia dan berterusan sehingga akhir
hayat. Asia Timur yang merangkumi China, Korea dan Jepun turut menghargai
pendidikan dalam membantu manusia untuk meningkatkan tahap intelek yang
seterusnya membawa kepada peningkatan dalam bidang-bidang lain. Dalam konteks
tamadun China, memang tidak dapat dinafikan bahawa sistem pendidikan adalah
bertujuan untuk memajukan individu dengan menjurus ke arah menyediakan pelajar
untuk tiga tahap peperiksaan awam. Fahaman konfusianisme adalah menjadi asas kepada ideologi dan
kurikulum pendidikan China sejak dinasti Han lagi. Melihat kepada sistem
pendidikan tamadun awal di Asia Timur, China merupakan asas yang menjadi ikutan
kepada tamadun Korea dan Jepun. Unsur konfusianisme dari China yang dibawa
masuk melalui proses interaksi sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam tamadun
Korea dan Jepun telah mempengaruhi masyarakat ini dari segi amalan,
kepercayaan, cara hidup, pendidikan dan pekerajaan. Oleh itu, pengaruh
konfusianisme ini telah membawa kepada perkembangan tamadun Korea dan Jepun dan
ciri-ciri sistem pendidikan di China
yang menyediakan peperiksaan awam telah diamalkan dalam pembentukan
tamadun ini. Oleh itu, dalam kajian ini akan dibincangkan mengenai sistem
pendidikan di Asia Timur yang menyediakan pelajar untuk peperiksaan awam. Selain
itu, proses interaksi antara tamadun China dengan Korea dan Jepun yang membawa kepada
sistem pendidikan ini turut dibincangkan dalam kajian ini.
LATAR
BELAKANG INSTITUSI PENDIDIKAN TAMADUN CHINA
Institusi dapat
diertikan sebagai satu organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan tugas-tugas
tertentu. Institusi pendidikan pula merujuk kepada semua organisasi dan badan
yang ditubuhkan untuk melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang
memberikan ilmu pengetahuan. Oleh itu, institusi pendidikan merangkumi semua
bagunan atau tempat yang memberikan ilmu pengetahuan dan antaranya sekolah,
istana dan universiti yang menjadi saluran menyampaikan pengajaran secara
efektif kepada kumpulan sasaran.
Organisasi pendidikan dalam masyarakat Cina boleh dibahagikan kepada
dua, iaitu sekolah dan peperiksaan. Lazimnya, sekolah peringkat rendah akan
diadakan di rumah guru, di rumah seorang penaung yang kaya atau pangoda. Dalam konteks pembangunan institusi pendidikan di
China, tidak dapat dinafikan bahawa setiap pemerintah dalam sesuatu dinasti akan
memberikan sumbangan yang penting sehingga membawa kepada perkembangan
pendidikan itu sendiri. Hal ini memperlihatkan kita bahawa masyarakat
China sangat menghargai pendidikan.
Pada
zaman Dinasti Chou Barat, sekolah-sekolah telah diwujudkan untuk anak-anak
bangsawan di ibu kota Chou dan bandar-bandar ibu kota yang lain.
Sekolah-sekolah untuk orang biasa disediakan di negeri-negeri feudal iaitu di
kampung-kampung. Sementara itu, semasa pemerintahan Wu Ti dalam Dinasti Han
(140-87 S.M), baginda telah mendirikan sekolah tinggi di ibu negara. Baginda
turut menggalakan penubuhan sekolah provinsi dan daerah. Semasa Dinasti Sung
pula baginda turut memperkenalkan satu sistem persekolahan yang berkembang dari
ibu negara ke semua bahagian pentadbiran empayar.
Semasa
pemerintahan Dinasti Ming pula, baginda telah menubuhkan sebuah kolej bagi
pendidikan golongan belia, sebuah universiti kebangsaan pusat dan sebuah
sekolah awam di setiap wilayah, daerah dan kampung. Kemuncak perkembangan
persekolahan ialah pada zama pemerintahan Mahajara Ming Tung (712-756 Masihi)
apabila baginda menubuhkan Akademik Han Lin untuk menemukan semua ahli akademik
terkenal negara. Pada zaman ini sekolah didirikan secara besar-besaran dan
proses percetakan telah diperkenalkan buat pertama kali dalam sejarah negara
tersebut. Jika diperhatikan setiap pemerintah di China memainkan peranan yang
penting dalam membangunkan institusi pendidikan di negara itu.
BERMINAT ESEI FULL HUBUNGI 01131534732 ATAU EMAIL
canaliusjolumin@yahoo.com