Posted by : canalius Saturday, February 3, 2018

Jepun merupakan negara asia timur yang mempunyai sejarah yang sangat membanggakan dalam sejarah tamadun dunia. Kejayaan negara Jepun sebagai sebuah negara yang maju dari segi teknologinya adalah berkesinambungan dengan sistem politik dan budaya yang terbentuk hasil daripada pengaruh China yang bermula sejak abad ke-7 lagi. Pengaruh daripada tamadun China ini perlahan-lahan meresap dan beradaptasi dengan budaya yang sememangnya wujud di Jepun, kepercayaan agama Shinto yang beradaptasi dengan kepercayaan agama Buddha membentuk politik Jepun dengan pengenalan kepada Kod Taiho dan Pembaharuan Taika. Dalam kajian ini, kaedah perpustakaan digunakan sebagai kaedah pengumpulan maklumat. Maklumat tersebut terdiri daripada sumber sekunder iaitu dalam bentuk buku yang dihasilkan oleh penulis dan pengkaji yang berkaitan dengan sejarah Jepun dan politiknya. Dapatan kajian mendapati bahawa kewujudan pengaruh China terhadap Jepun sudah bermula sejak awal abad ke-3 lagi, namun tidak mengalami kemuncaknya sebagaimana pada abad ke-7. Pengaruh China yang meresap masuk ke Jepun bukan sahaja mengubah bentuk politik Jepun, malah sosiobudaya masyarakat Jepun itu sendiri.



Kata Kunci: Kepercayaan agama Shinto, kepercayaan agama Buddha, Kod Taiho, Pemabahrua Taika

BERMINAT ESEI FULL HUBUNGI 01131534732 ATAU EMAIL canaliusjolumin@yahoo.com
      

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Sumber-sumber Ilmu Sejarah yang Berbentuk Ilmiah - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -