Posted by : canalius Saturday, February 3, 2018

PENGENALAN

Kedatangan British ke Burma/Myanmar telah banyak membawa perubahan yang drastik dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Dalam aspek pentadbiran, Burma jelas mengalami perubahan yang ketara dan legasinya tetap kekal sehingga kini. Hal ini demikian kerana dasar colonial yang dilaksanakan oleh British telah memberi impak yang besar dan mendalam terhadap perkembangan sejarah Burma. Satu persatu wilayah Burma telah jatuh ke dalam tangan British melalui beberapa siri pertumpahan darah. Bermula pada tahun 1824 hingga 1886 iaitu selepas berlakunya 3 siri peperangan di antara British-Burma, akhirnya Burma terpaksa juga akur kepada imperialisme barat iaitu British apabila pada 1 januari 1886 dengan rasminya seluruh Burma diisytiharkan sebagai sebahagian daripada empayar British-India. Perang pertama Inggeris-Burma I (1824-1826), British berjaya menguasai wilayah-wilayah Burma Hilir Tenasserim, Arakan dan Assam. Perang Inggeris-Burma II (1852), British berjaya menguasai kawasan Hilir yang lain iaitu Pegu dan Perang Inggeris-Burma III pula, British berjaya menguasai seluruh wilayah Burma.
Dasar politik, Burma sebagai wilayah India à Selepas berjaya dalam perang Inggeris-Burma I, British menyerapkan pentadbiran wilayah Rakhine dan Tanintharyi seperti struktur pentadbiran British East India Company dengan menempatkan konsul mereka di Benggala. Wilayah Arakan dan Tenasserim terletak di bawah kekuasaan langsung Gabenor Jeneral di India. Oleh itu, wilayah-wilayah Burma itu dianggap sebagai pos-pos luar india. British telah melantik para pegawai tadbir yang dilatih dan berkhidmat di India untuk bertugas di Burma. Polisi pentadbiran British di Burma telah mengkhususkan jawatan penting hanya kepada orang Inggeris. Manakala, pegawai rendah telah diimport dari India. Pegu yang merupakan salah sebuah wilayah yang terdapat dalam lingkungan wilayah Burma Hilir telah ditadbir oleh Pesuruhjaya yang dilantik serta bertanggung jawab kepada Gabenor-Jeneral di India. Wilayah Pegu telah dipecahkan kepada 5 buah daerah dengan tiap-tiap daerah terletak di bawah kekuasaan seorang wakil Pesuruhjaya dengan Major Arthur Phayre merupakan Pesuruhjaya Pegu yang pertama dan beliau bertanggungjawab menentukan corak pentadbiran yang hampir sama dengan pentadbiran di Tenasserim. Namun pentadbiran tersendiri wilayah Pegu tidak bertahan lama apbila pada tahun 1862, terdapa masalah seperti kos selain untuk memperolehi keseragaman dalam pentadbiran British di Burma.


Pengenalan Akta Kampung 1887à Kerajaan British telah memperkenalkan Akta Kampung 1887 yang digubal oleh Crosthwaite pada 28 oktober 1887. Tujuan Akta Kampung diperkenalkan adalah untuk mengekalkan keamanan dan mengumpulkan hasil cukai yang dikenakan ke atas ketua kampung. Akta ini juga bertujuan menjadikan ketua kampung sebagai alat utama untuk menguasai rakyat dengan memberikan sedikit kuasa dan sokongan undang-undang kepada ketua kampung. Selain itu, melalui Akta Kampung 1887, British telah memperkenalkan konsep tanggungjawab kolektif terutamanya apabila melibatkan pembunuhan pegawai-pegawai British, tanggungjawab penduduk kampung untuk menangkis setiap serangan musuh dan kuasa pegawai daerah memindahkan individu serta saudara-mara mereka yang dianggap subversif. Crosthwaite telah mengakui undang-undang seperti Akta Kampung cukup berkesan untuk mengamankan daerah-daerah yang sentiasa bergolak setiap kali berlaku perubahan kerajaan di pusat seperti yang berlaku di Sagaing, Shwebo, Ava dan Hilir Chindwin.


BERMINAT ESEI FULL HUBUNGI 01131534732 ATAU EMAIL canaliusjolumin@yahoo.com

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Sumber-sumber Ilmu Sejarah yang Berbentuk Ilmiah - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -