Posted by : canalius
Sunday, February 4, 2018
Pengurusan
telah diberi pelbagai definsi semenjak bidang ini dikenal pasti sebagai satu
cabang yang perlu dipelajari. Salah satu
definsi pengurusan dalam pertukaran abad ialah “Pengurusan adalah satu seni
melakukan dan menyiapkan sesuatu kerja dengan cara mengelola dan menyelia
kerjasama yang diberikan oleh orang lain. “Orang lain: di sini bermaksud
pekerja yang berada di bawah tanggugjawab seseorang pengurusan. Aspek pengurusan
merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan
merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti
di sekeliling. Melihat pula kepada pengurusan sumber warisan adalah perkara
yang berkaitan dengan sebarang usaha berkaitan dengan perlindungan
(protection), pemeliharaan (preservation) dan pemuliharaan (conservation) ke
atas apa juga bentuk tinggalan dan kepentingan sumber warisan yakni tinggalan
kebudyaan masyarakat masa lampau sama ada yang berada di daratan atau di bawah
air untuk pengetahuan masyarakat kini dan masa depan. Dalam pengurusan sumber
warisan terdapat 4 proses pengurusan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin
dan mengawal.
Merancang adalah aspek pertama dalam
pengurusan sumber warisan. Umumnya,
sebelum sesebuah organisasi menjalankan kegiatannya, ia mestilah merancang,
iaitu menentukan terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya. Ini
termasuklah menetapkan tujuan, objektif, strategi, program, projek dan kerja
yang hendak dilaksanakan. Apabila matlamat telah ditakrifkan secara jelas, satu
strategi untuk memperkenalkan sesuatu produk tersebut akan dilakukan. Sebagai
contoh ialah strategi pemasaran, promosi dan perluasan pasaran. Demikian juga
dalam pengurusan sumber warisan, proses merancang mereka melihat apakah
strategi yang sesuai untuk dijalankan berdasarkan kepada modal yang ada dan
sekaligus menetapkan sumber yang diperlukan untuk capai matlamat sebagaimana
ingin dicapai dalam sesebuah organisasi. Salah satu ialah strategi yang diambil
ialah urusniaga iaitu melalui perkhidmatan terhadap barang artifak, monument
dan hasil budaya. Justeru itu, untuk memastikan stategi itu tercapai pemuliharaan
dan perlindungan hendaklah dilakukan terhadap barang tersebut.
Proses pengurusan yang seterusnya ialah
mengorganisasi. Dalam proses pengorganisasian ini ianya adalah satu proses
menyusun sumber yang dimiliki dalam organisasi tersebut seperti manusia dan
kealihan manusia (mengikut kepada kepakaran), kewangan, modal iaitu artifak dan
sumber budaya lain, maklmuat serta sumber lainnya untuk capai matlamat.
Pembahagian sumber yang mencukupi ini adalah penting untuk melaksanakan pelan
tindakan yang telah dirancang. Pada tahap ini juga, pengurus akan membentuk
stuktur organisasi dan menyusun tugas yang sesuai dalam organisasi iaitu
selaras dengan matlamat. Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja
mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan dan lain-lain), hierarki, dasar dan
prosedur yang dibuat. Aspek kewangan adalah penting untuk memastikan sesuatu
matlamat tersebut dapat dijalankan. Dalam sesebuah institu, tanpa wang maka
gerak kerja dan matlamat organisasi akan terbantut. Hal ini kerana, setiap
perkara yang dilakukan adalah memerlukan budget. Justeru itu, sememanya aspek
kewangan ini merupakan satu masalah utama dalam mana-mana institusi.
Proses pengurusan seterusnya ialah
memimpin. Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekeraja agar dapat
melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan. Fungsi
terpenting adalah untuk menjamin aktiviti berjalan dengan lancer dan teratur.
Justeru itu, bagi mencapai matlamat, faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan
sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Dalam pada itu
juga, pengurus juga perlu mengamakan gaya kepimpinan yang bersesuaian agar
tingkah laku pekerja dapat dikawal secara efektif.
Seterusnya proses yang terakhir ialah
kawalan. Pengawalan ialah satu proses di mana pengurus memantau prestasi semasa
dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil akhir tercapai seperti yang telah
dijangkakan. Proses kawalan ini adalah melibatkan, seperti menentukan piawaian
yang sesuai, mewujudkan sistem laporan berkesan, menyediakan sistem ganjaran
menarik, mengadakan pemantauan, mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan.
Fungsi pengawasan ini penting kerana dengan melaksankan kawalan, akan dapat
mengetahu jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dan objektif tidak dapat tercapai. Justeru itu, dengan adanya
kawalan maka pengurus dapat memastikan sama ada matlamat telah tercapai secara
berkesan atau tidak.
Secara kesimpulannya, pengurusan dalam
sumber warisan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal
meruapakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Mana-mana organisasi akan
melalui proses tersebut bagi memastikan kelicinan tugas dan kelancaran.