Migrasi dan Kehidupan Masyarakat Jawa di Johor dan Borneo Utara Semasa Era Kolonial; Suatu Perbandingan (1880-1945)
Posted by : canalius
Saturday, February 3, 2018
ABSTRAK
Kajian ini merupakan
satu penulisan berkenaan dengan sejarah migrasi dan kehidupan masyarakat Jawa
di Johor dan Borneo Utara semasa era kolonial iaitu bermula pada tahun 1880
sehingga 1945. Kajian terhadap migrasi dan kehidupan masyarakat Jawa ini
merupakan satu penelitian dan perbandingan antara masyarakat Jawa yang
bermigrasi ke Johor dan Borneo Utara. Antara aspek yang dikaji dan dibandingkan
dalam penulisan ini termasuklah faktor-faktor migrasi iaitu yang merangkumi
migrasi tolakan dan tarikan, cara atau saluran kemasukan dan kehidupan awal
masyarakat Jawa setelah berhijrah di Johor dan Borneo Utara. Kaedah kajian ini
adalah berdasarkan daripada pelbagai sumber. Antara sumber utama yang dirujuk
adalah sumber sekunder iaitu buku, jurnal, bab dalam buku, tesis, kertas
seminar, laman web dan lain-lain. Selain itu, kajian ini juga menggunakan
sumber lisan iaitu temubual dengan beberapa orang individu untuk mengukuhkan
lagi hujah yang dikemukan dan mendapatkan maklumat baharu. Semasa penjajahan
British di Johor dan pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di
Borneo Utara telah menyaksikan begitu ramai masyarakat Jawa yang bermigrasi di
negeri tersebut. Dalam proses migrasi masyarakat Jawa ke Johor dan Borneo Utara
ini mereka telah melalui pelbagai cara dan saluran sehinggalah mereka berjaya mendirikan
petempatan kekal dan membentuk komuniti mereka. Selain itu, masyarakat Jawa
yang bermigrasi ke Johor dan Borneo Utara ini juga telah melalui proses
adaptasi dan melakukan beberapa usaha untuk meneruskan kehidupan mereka.
Kata
Kunci: Jawa, Migrasi, Kehidupan, Petempatan
KANDUNGAN
BAB 1: PENDAHULUAN
BAB 2: SEBAB PENGHIJRAHAAN MASYARAKAT JAWA DI JOHOR
DAN BORNEO UTARA SEMASA ERA KOLONIAL
2.1 Pengenalan
2.2 Latar Belakang Masyarakat Jawa di Tanah
Induk
2.3
Migrasi Masyarakat Jawa Secara Umum
2.4 Teori dan Faktor Migrasi Masyarakat
2.5 Dasar Pemerintahan Belanda di Indonesia dan
Hubungan Terhadap
Faktor
Penolak Migrasi Masyarakat Jawa
Ke Johor dan Borneo Utara
Semasa
Era Kolonial.
2.5.1 Pengenalan Sistem Tanam Paksa di Pulau
Jawa
2.5.2 Bebanan Cukai
2.5.3 Pertambahan Penduduk di Jawa
2.6 Hubungan Migrasi Luaran dengan
Faktor-Faktor Penarik Terhadap
Migrasi
Masyarakat Jawa ke Johor Semasa Era Kolonial
2.6.1
Johor Semasa Era Kolonial
2.6.2 Faktor Penarik Terhadap Migrasi Masyarakat
Jawa ke Johor
a.
Kestabilan
Politik di Negeri Johor
b.
Peluang
Mendapatkan Pekerjaan
c.
Menunaikan
Fardu Haji ke Mekah
d.
Persamaan
Terhadap Sosiobudaya dan Alam Sekeliling
2.7
Hubungan
Migrasi Luaran dengan Faktor-Faktor Penarik Terhadap
Migrasi
Masyarakat Jawa ke Borneo Utara Semasa Era Kolonial
2.7.1
Borneo Utara Era Kolonial
2.7.2
Faktor Penarik Terhadap Migrasi Masyarakat
Jawa di Borneo
Utara
a.
Peluang
Pekerjaan
b.
Peluang
Mendirikan Petempatan
BAB 3: CARA DAN SALURAN MIGRASI MASYARAKAT JAWA DI
JOHOR DAN BORNEO UTARA SEMASA ERA KOLONIAL SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
3.1 Pengenalan
3.2
Tempoh
Awal Migrasi Masyarakat Jawa di Johor dan Borneo Utara
3.3
Cara
dan Saluran Migrasi Masyarakat Jawa di Johor
3.3.1
Pengambilan Syarikat Persendirian Sebagai
Buruh Kontrak
3.3.2 Pengambilan
Syarikat Konstantinople Milik Jutawan Arab
3.3.3
Peranan Syarikat Pengambilan Milik Orang Jawa
atau Sheikh Haji
3.3.4
Secara Persendirian
3.3.5
Romusha Tentera Jepun
3.4
Cara dan Saluran Migrasi Masyarakat
Jawa di Borneo Utara
3.4.1
Pengambilan Syarikat SBBU Sebagai Buruh
Kontrak
3.4.3
Secara Persendirian
3.4.4
Romusha Tentera Jepun
3.5
Rumusan
BAB 4: KEHIDUPAN MASYARAKAT JAWA DI JOHOR DAN
BORNEO UTARA SEMASA AWAL MIGRASI SEHINGGA PERANG DUNIA KEDUA
4.1 Pengenalan
4.2 Sejarah Ringkas Kehidupan Masyarakat Jawa
di Tanah Induk
4.3 Kehidupan Awal Masyarakat Jawa yang
Bermigrasi ke Johor
4.3.1 Pembukaan Petempatan
4.3.2 Kegiatan Ekonomi
4.3.3 Kehidupan Sosiobudaya Masyarakat Jawa
4.4 Kehidupan Awal Masyarakat Jawa Yang
Bermigrasi ke Borneo Utara
4.4.1 Pembukaan Petempatan
4.4.2 Kegiatan Ekonomi
4.4.3 Kehidupan Sosiobudaya Masyarakat Jawa
4.5 Perbandingan
Antara Jawa di Johor dan Borneo Utara
Berikut merupakan antara topik-topik yang dibincangkan dalam penulisan ini. Sebagai pengetahuan umum, penulisan latihan ilmiah ini mendapat gred A dan ianya adalah layak untuk dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar dan juga kepada pengkaji-pengkaji yang berminat untuk menghasilkan sebuah penulisan yang berkaitan dengan masyarakat Jawa di Johor dan Borneo Utara (Sabah). Bagi mereka yang menginginkan penulisan latihan ilmiah ini, boleh menghantar email ke canaliusjolumin@yahoo.com atau menerusi whatsap 01131534732 dengan menaip "saya berminat dengan penulisan tersebut". Terima Kasih!