Posted by : canalius Saturday, February 3, 2018

Pengenalan

Mexico merupakan sebuah negara yang terletak di bahagian Amerika Utara. Dari segi geografi, kedudukan antara negara Amerika dan Mexico adalah berdekatan ataupun berjiran yang mana sungai Nueces dan Sepanjang Sungai Rio Grande telah menjadi persempadan antara kedua-dua buah negara tersebut. (sempadan sungai tersebutlah yang menjadi pertikaian). Disebabkan oleh kedudukan Amerika yang berdekatan dengan Mexico, maka tidak dinafikan telah berlaku pelbagai masalah yang telah menimbulkan salah faham. Masalah yang dimaksudkan termasuklah, kemasukan imigran dari Amerika secara haram ke wilayah Mexico, masalah persempadanan dan tuntuan Amerika terhadap beberapa wilayah Amerika, mahpun sindiket pengedaran dadah yang meluas sehingga ke Amerika Syarikat.  Jika dilihat dalam sejarah, era 1845 sehingga 1848 memperlihatkan beberapa wilayah jajahan Mexico telah jatuh ke tangan Amerika. Dalam erti kata lain, bekas wilayah Mexico telah keluar daripada negara Mexico lalu menyertai ataupun menjadi sebahagian daripada negeri di Amerika Syarikat.  Sehinggalah pada tahun 1948 beberapa bekas jajahan wilayah Mexico seperti Texas, Califorina, Arizona, Nevada, Utah dan New Mexico telah menjadi sebahagian daripada negeri Amerika Syarikat.


Sebelum membahas dengan lebih terperinic berkenaan dengan kemasukan wilayah-wilayah ini akan dijelaskan dahulu dengan frasa yang menyatakan bahawa “we take nothing by Conquest, Thanks God”. Jika dilihat, sebenarnya ayat ini adalah sindiran Zin semata-mata. Zin berpandangan bahawa peperangan dengan Mexico semuanya tentang penaklukan. Beliau mengatakan bahawa golongan elit Amerika mahu mengambil tanah Mexico dan sanggup mencetuskan perang untuk mendapatkannya. Beliau juga, berhujah bahawa golongan elit Amerika ditolak ke dalam perang dan mendapat manfaat daripada perang tersebut. Sementara itu, rakyat biasa sebenarnya tidak mengingikan peperangan, dan mereka membantah peperangan. Walaupun begitu, mereka adalah orang-orang yang disuruh berkorban dan menuntut perang. Kembali kepada soalan yang dikemukan iaitu, kemasukan beberapa bekas wilayah Mexico ke dalam Amerika Syarikat tanpa secara penaklukan (kekerasan), ianya boleh dilihat dari konteks ataupun definisi penaklukan itu sendiri. Mengikut kamus dewan bahasa penaklukan merupakan proses cara, perbuatan menaklukkan, perbuatan melakukkan wilayah sesuatu negara melalui peperangan, mendapatkan wilayah secara tetap akibat dari peperangan atau penyerangan yang penuh kemenangan. Oleh itu, berdasarkan kepada definisi ianya akan diaplikasikan sejauhmanakah kebenarnanya yang menyatakan bahawa kemasukan beberapa bekas wilayah Mexico ke dalam Amerika Syarikat tanpa secara penaklukan (kekerasan). Beberapa contoh wilayah Mexico yang memasuki Amerika Syarikat akan dihujah bagaimana cara kemasukan mereka sekaligus menjawab kepada persoalan tersebut.


Sesiapa berminat untuk mendapatkan full esei ini boleh menghantar email canaliusjolumin@yahoo.com atau ke talian whatsap 01131534732 terima kasih. Sila bantu sahabat-sahabat anda!

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Sumber-sumber Ilmu Sejarah yang Berbentuk Ilmiah - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -