Aplikasi Perundangan terhadap proses kemerdekaan sabah dan sarawak dengan pembentukan persekutuan Malaysia (1963) dan pemisahan Singapura.
Posted by : canalius
Sunday, February 4, 2018
Penubuhan Malaysia secara rasminya adalah pada 16
September 1963 yang melibatkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura,
Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak. Meskipun begitu, pada tahun 1965, berlakunya
pemisahan Singapura daripada persekutuan Malaysia. Hal ini secara tidak
langsung menjadikan Persekutuan Malaysia hanya terdiri daripada persekutuan Tanah
Melayu, Sabah dan Sarawak sahaja. Cadangan Persekutuan Malaysia ini telah
dikemukan oleh Tunku Abdul Rahman semasa majis makan tengah hari Persatuan
wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei
1961. Ucapan Tunku Abdul Rahman tersebut dianggap sebagai suatu idea yang
berani tentang penubuhan persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, tidak
dinafikan bahawa penubuhan persekutuan Malaysia ini telah mendapat tentangan
dari Indoensia dan Filipina.
Penubuhan
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan kaum/Malaysia (JPPK)
Pada bulan Julai 1961,
mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwe (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo
telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat ini, pemimpin-pemimpin Tanah
Melayu dan Singapura telah menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan
daripada Sabah, Sarawak dan Brunei. Penerangan ini telah mengurangkan salah
faham tentang penubuhan Malaysia. Hasilnya mesyuarat bersetuju menubuhan JPPM
yang dianggotai oleh semua perwakilan dan Donald Stephens telah dilantik sebagai
pengerusinya. Brunei tidak menggangotai perwakilan dan hanya bertindak sebagai
pemerhati sahaja kerana ketidaksediaan Brunei menyertai pembentukan Malaysia.
Fungsi JPPK yang ditubuhkan ini adalah berperanan untuk menerangkan dengan
lebih jelas konsep Malaysia kepada orang ramai, memaklumi rakyat tentang
kebaikan persekutuan Malayisa bagi menggalakan perbincangan untuk
mempercepatkan kesedarn penduduk di wilayah Borneo, menggesa rakyat menyokong
gagasan Malaysia dan mengumpulkan dan membandingkan pelbagai pandangan tentang
Malaysia di wilayah terlibat. Semenjak pembentukan Jawatankuasa ini, mereka
telah megadakan perjumpaan sebanyak empat kali iaitu di Jesselton (21 Ogos
1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Jan 1962) dan Singapura (1
Feb 1961). Justeru itu, dalam perundingan tersebut beberapa cadangan telah
dikemukan antaranya, Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu telah dijadikan asas, Bahasa Melayu menjadi bahasa
rasmi, kedudukan agama Islam akan kekal sebagai agama rasmi persekutuan Malaysia.
Suruhanjaya
Cobbold
Suruhanjaya ini
ditubuhkan secara rasmi pada 16 Januari 1962 dan Lord Cobbold telah dilantik
sebagai pengerusinya. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk
menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan pembentukan
Malaysia dan membuat syor-syor setelah menimbang fikiran itu. Suruhanjaya ini
telah menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962 dan
berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh suruhanjaya telah mengadakan 50
perjumpaan di 35 tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di sabah. Menemui lebih
4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah kumpulan, mempelawa dan menerima
surat-surat atau memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan
mereka. Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan
kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British dan
Tanah Melayi. Hasil daripada tinjauan
tersebut bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagai kepada tiga,
pertama 1/3 meyokong penuh penggabungan tanpa syarat, 1/3 menyokong tetapi
dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu dan 1/3 mahukan kemerdekaan terlebih
dahulu sebelum menyertai gabungan dan separuhnya menetang kerana mahu kekal
dalam pemeritahan British.
Jawatankuasa
Antara Kerajaan (JAK)
Jawatankuasa Antara
Kerajaan atau Inter-Governmental Committee (IGC) telah dibentuk dan disertai
oleh Britian, PTM, Sarawak dan Sabah. JAK dipengerusikan oleh Lord Lansdowne
selaku menteri Tanah Jajahan, Tun Abdul Razak sebagai timbalan pengerusi,
Donald Stephens, Abang Haji Mustapham Temenggung Jugah, seorang wakil British
dan wakil lain persekutan Tanah Melayu. Berkesinambungan daripada suruhjaya
Cobbold, maka pada tahun 1962, apabila laporan Cabbold dikeluarkan didapati
sebanyak 80% penduduk Sabah dan Sarawak telah bersetuju dengan cadangan
pembentukan Persekutuan Malaysia. Pengumuman rasmi telah dikeluarkan bahawa
persekutuan Malaysia akan ditubuhkan pada 31 ogos 1963 dengan syarat segala hal
yang berkaitan perlembagaan dan
seumpamanya harus diselesaikan. JAK ini berperanan penting dalam mengadakan
rundingan tentang pelembagaan dan menyedikan peruntukanbagi menjaga kepentingan
negeri-negeri Borneo. JAK telah menubuhkan jawatankuasa kecil untuk meneliti
aspek perlembagaan, kewangan, kehakiman dan perkhidmatan awam Laporang JAK
diterbitkan pada Feb 9163 di mana Sabah dan Sarawak diberikan kuasa dalam
bidang seperti, agama, pendidikan, bahasa , wakil-wakil dalam parlimen,
imigrasi, hak dan status kaum bumiputera dan perkhidmatan awam. Di sabah,
cadangan JAK disokong kuat oleh Datuk Mustapa Datuk Harun dan Donald Stephens.
Manakala, di Sarawak laporan JAK mendapat sambutan smeua pihak dan Majlis
Perundingan Negeri Sarawak dan diterima pada 8 Mac 1963.
Aplikasi Perundangan terhadap pemisahan Singapura 1965.
Terdapat beberapa
kejadian yang menyebabkan kerosakan hubungan antara Singapura-Malaysia. Pertama
terdapat rusuhan2 yang bersifat konflik perkauman di kalangan orang Melayu di
persekutuan. Ini menyumbang hubungan tidak baik di antara Singapura dan
kerajaan pusat yang diketuai oleh orang Melayu di Kuala Lumpur. Selain itu,
usaha oleh Lee Kuan Yew untuk mengemukakan calon-calon PAP dalam pilihanraya
1964, telah diterjemahkan oleh ahli politik Melayu sebagai 1 usaha oleh Lee
untuk merebut pucuk pemeritahan di KL. Pada Mei 1965 Lee telah menghimpun 4
parti pembangkan di TM&Sarawak untuk menyertai PAP dalam konvensyen
perpaduan Malaysia atau Malaysian Solidarity Convention (MSC) yang menyokong
konsep Malaysian Malaysia. Solidarity
Convention ini telah dijadikan platform untuk basmi kemiskinan di Malaysia dan
dianggap sebagai satu ancaman oleh UMNO kerana menggugat kedudukan orang
Melayu. Tambahan lagi, Solidarity Convention ini secara terangna tidak
bersetuju dengan hak instimewa orang Melayu dan menganggap hak semua rakyat
sama tidak mengira berasal daripada komuniti yang berbeza. Justeru itu, Tunku Abdul Rahman mengambil
tindakan untuk mengadakan perjumpaan rahsia dengan ahli kabinetnya untuk
singkirkan singapura daripada Malaysia.