Sejauhmana faktor perhambaan menjadi isu utama yang menyebabkan perpecahan politik Amerika Syarikat dari tahun 1790 hingga tahun 1861.
Posted by : canalius
Tuesday, February 6, 2018
1.1 PENGENALAN
Selepas Amerika
Syarikat mencapai kemerdekaan, Amerika Syarikat telah membentuk sebuah kerajaan
pusat yang lemah dan mewujudkan sebuah kerajaan-kerajaan negeri yang kuat
seperti negeri Utara dan negeri Selatan. Namun, apabila perlembagaan baru telah
dibentuk pada 1787 telah melahirkan kerajaan pusat yang kuat, termasuk memiliki
kuasa mengatur urusan perdagangan antara negeri di samping urusan hal ehwal
hubungan antarabangsa. Kerajaan pusat yang memiliki kuasa besar ini telah
mempengaruhi politik di Amerika Syarikat ketika itu. Keadaan Amerika sebelum
tercetusnya perang sememangnya telah mengalami berbagai konflik terutamanya
berkaitan dengan perkauman sehingga berlakunya perpecahan politik di Amerika
Syarikat. Hal ini disebabkan daripada satu tekanan konflik yang bercampur baur
antara prinsip dan prejudis yang digerakkan oleh perbezaan bahagian geografi
dan perasaan kemegahan serta dibayangi
oleh peristiwa-peristiwa politik. Ekoran daripada itu, wujud perbezaan politik
antara negeri-negeri di Amerika Syarikat terutamanya yang berkaitan dengan isu
perhambaan. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa masalah isu perhambaan di
Amerika Syarikat telah membawa kontroversi yang mengakibatkan Amerika Syarikat
berpecah belah dan saling melakukan pemberontakan antara satu sama lain. Oleh
hal yang demikian, perhambaan di Amerika membawa maksud iaitu salah satu sistem
buruh paksa yang telah wujud di seluruh dunia untuk beribu-ribu tahun di Amerika yang bermula pada
abad ke-17. Ekoran daripada itu, terdapat beberapa kes dalam isu perhambaan
yang berhubung kait dengan aspek politik, ekonomi dan sosial sehingga membawa
kepada perpecahan politik seterusnya mencetuskan Perang Saudara Amerika
Syarikat 1861.
BUKTI ISU PERHAMBAAN MENJADI FAKTOR UTAMA YANG
MENYEBABKAN PERPECAHAN POLITIK AMERIKA SYARIKAT PADA TAHUN 1790 HINGGA TAHUN
1861
2.1.1 Isu perhambaan dari segi politik
a. Kongres
Pilihan Raya
Isu perhambaan dalam politik yang
dapat dilihat iaitu berkaitan dengan kongres pilihan raya. Kongres pilihan raya
ini dikaitkan dengan pemilihan Abraham Lincoln sebagai calon Presiden Amerika
Syarikat. Namun, pemilihan beliau telah mengejutkan pihak Selatan dan bermula
penentangan keras daripada Selatan. Pihak Selatan Amerika mengancam akan keluar
daripada Kesatuan. Hal ini disebabkan, Abraham terkenal sebagai pejuang terhadap
penentangan isu perhambaan.[1] Pada tahun 1846, Lincoln
terpilih menjadi sebahagian daripada kongres dan mewakili parti Whig. Pada
tahun 1856, Lincoln mengakhiri
keanggotaannya dalam parti Whig dan menyertai parti baru iaitu Parti
Republik. Sehingga pada tahun 1860, beliau diberikan kepercayaan dan dicalonkan
untuk mengikuti pemilihan presiden Amerikat Syarikat. Pada tahun 1860 Abraham
Lincoln telah dipilih sebagai calon Presiden Republik.[2] Pemilihan Abraham Lincoln
dengan membawa ideologi bagi menghapuskan perhambaan di Amerika Syarikat telah
menyebabkan berlakunya krisis dengan negeri Selatan yang pro-perhambaan.
Semasa pemilihan Abraham Lincoln sebagai
presiden Amerika, beliau telah menguasai politik pada tahun 1850-an[3] dan keadaan ini menjadi
kebimbangan kepada para pemimpin Selatan. Di samping menimbulkan kemarahan
mereka terhadap parti Republik sehinggakan pihak dari Selatan cuba mempengaruhi
parti Demokratik untuk mempertahankan kepentingan dan mereka memilih Stephen A.
Douglas sebagai calon dan menerima pakai platform untuk meneruskan kedaulatan
popular. Manakala, Selatan demokrat mencalonkan John C. Breckenridge dengan
platform mereka menyokong perlindungan perhambaan di wilayah terbabit.[4] Namun, kekecewaan demi
kekecewaan melanda negara Selatan dan
isu ini semakin kritikal apabila parti Demokratik telah berpecah belah. Di mana
Lincoln mendapat undian majoriti dalam pilihan raya dan beliau memenangi
pilihan raya tersebut. Di tambah lagi dengan Stephen A. Douglas telah menjadi
calon parti di cawangan negeri-negeri Utara. Ekoran daripada itu, berlakunya
pergolakan politik yang sengit apabila pemimpin Selatan menyatakan mereka akan
mengundurkan diri daripada kesatuan Amerika Syarikat.
Walau
bagaimanapun dalam ucapan Lincoln pada 4 mac 1861 menyatakan bahawa pengunduran
negeri Selatan adalah terbatal. Beliau juga menyatakan bahawa perlantikannya
bukalah untuk bermusuhan atau berperang namun beliau gagal untuk menyakinkan
mereka di Selatan. Pada Mac 1861, tujuh
negeri iaitu Alabama, Florida, Georgia, Louisiana, Missisippi, Selatan Carolina
dan Texas bergabung bergabung untuk membentuk sebuah persekutuan yang dinamakan
sebagai negeri-negeri Sekutu Amerika.[5] Maka, akhirnya pihak
selatan berkeras dengan tindakan mereka sehingga telah membawa kepada
tercetusnya Perang Saudara Amerika Syarikat. Di mana pada April 1861, pihak
bersekutu telah melepaskan tembakan ke atas kubu Lincoln dan bermulalah
pemberontakan.
b. Pemisahan Negeri Selatan Daripada Kerajaan Pusat
Isu perhambaan ini tidak dapat
dinafikan punca utama wujudnya konfik sehingga menyebabkan perpecahan politik
di Amerika Syarikat antara pihak Utara dan Selatan. Hal ini menyebabkan
negeri-negeri Selatan memisahkan diri daripada kesatuan. Ekoran daripada
pembasmian amalan perhambaan yang diutarakan oleh Abraham Lincoln telah
mendapat tentangan daripada negeri-negeri Selatan. Memandangkan terdapat banyak
perbezaan pendapat antara Selatan dan
Utara berkaitan dengan isu perhambaan membuktikan masalah ini tidak dapat
diselesaikan secara aman. Bukti daripada itu menunjukkan pemisahan negara
Selatan daripada persekutuan disebabkan kebimbangan terhadap masa depan
perhambaan.[6]
Selain daripada itu, institusi perhambaan adalah punca utama pemisahan dan
berlakunya perang saudara.[7] Pada masa yang sama
pengisytiharan Carolina mendapat perdebatan mengenai perhambaan dan pemisahan
telah dirangka dalam perlembagaan. Segala objektif dalam perlembagaan tersebut
merujuk kepada pelbagai perlindungan untuk perhambaan kulit hitam telah ditulis
di dalam dokumen 1787. Pada tahun 1860 juga pemisahan ini juga disebabkan
negeri-negeri Utara telah melanggar apa yang didasari Perlembagaan.
Oleh itu, semasa
Abraham dilantik sebagai Presiden, negeri Selatan mengancam akan meninggalkan
Kesatuan kerana konflik yang berpanjangan antara kedua-dua negara sehingga
konflik ini menyebabkan perang saudara yang panjang dan berdarah. Sebelum
tercetusnya perang dalam tempoh empat dekad dan Selatan belum keluar daripada
persekutuan, negeri Selatan telah
dipanggil oleh negeri Utara bagi meyokong persekutuan dan menguatkuasakan
undang-undang buruan hamba serta
mengubah undang-undang negeri Selatan untuk membolehkan golongan hamba dan kaum
di Selatan ke Utara serta penyekatan penghapusan hamba. Tetapi, negeri-negeri
Selatan mahukan hak-hak bagi negeri mereka sahaja termaktub dalam perlembagaan
berkaitan perhambaan bukannya untuk
negeri Utara.[8]
Konflik ini terus berterusan kerana tiada persefahaman pandangan dan tidak
mempunyai kata putus yang baik. Akhirnya membawa kepada pemisahan negeri
Selatan. Tujuh negeri telah mengisytiharkan mereka tidak menjadi sebahagian
daripada Kesatuan dan Selatan Carolina telah menjadi negeri pertama
meninggalkan Kesatuan.
c. Hak Asasi Perhambaan
Amerika Syarikat adalah sebuah
negara yang mengamalkan sistem perhambaan dan memiliki lebih banyak hamba
khususnya di bahagian Selatan Amerika.[9] Namun, isu perhambaan ini
semakin kritikal sehingga ia membawa kepada perpecahan politik di Amerika.
Sehingga timbul persoalan siapa yang membenarkan atau tidak membenarkanperhambaan ini dilakukan di wilayah atau
negeri sama ada kerajaan persekutuan atau negeri? Keadaan ini telah menimbulkan
perdebatan selama beberapa dekad bagi menyelesaikan isu perhambaan ini akhirnya
membawa kepada beberapa kes seperti kewujudan kompromi. Dapat dilihat bahawa
isu awal yang menyumbang kepada timbulnya persoalan perhambaan ini adalah
melalui tindakan yang diambil oleh Konvensyen Perlembagaan 1787 yang berkaitan
dengan 3/5 Kompromi mengenai perhambaan dan konsesi berkaitan dengan kompromi
hamba dagangan yang membenarkan penerusan lelongan hamba di Selatan.[10] Kes berkaitan hak asasi
perhambaan ini dapat dikaitkan dengan akta-akta dan undang-undang serta kes-kes
yang membantu bagi membela dan menyokong usaha untuk mengekalkan institusi
perhambaan.
Faktor Kemenangan Tentera Amerika Syarikat Dalam Perang Revolusi (1775-1783)
Faktor Kemenangan Tentera Amerika Syarikat Dalam Perang Revolusi (1775-1783)
[1] Brinkley Alan, The Unfinished Nation: A Concise History of
the American People, Boston: McGraw Hill, 2004, hlm. 105.
[2]Green, Slavery in America, United States: Matt
Green, 2014, hlm.1.
[3] “Slavery: Cause and Catalyst of the
Civil War” dlm. https://www.nps.gov/fosu/learn/historyculture/ upload/slavery-brochure.pdf. 27 April 2017.
[4] Ibid.
[6] Garraty, et.all, The American Nation: A History of
the United States, New York: Longman, 1988, hlm.155.
[7] Paul Finkelman,
Slavery, the constitution and the origins of the civil war, OAH Magazine of History, Vol. 25, No.2: 14-18, 2011, hlm.14
[9] P. Rodriguez, Slavery in the United States: A Social,
Political, and Historical Encyclopedia, Volume 1, United States: ABC-CLIO, 2007, hlm. 65.
[10] “ Missouri
Compromise”, dlm. http://www.american-historama.org/1801-1828 evolution/missouri compromise.htm+pdf, 27 April 2017.