Posted by : canalius Saturday, February 3, 2018

pengenalan

Selepas Perang Kemerdekaan, Amerika Syarikat telah diperintahkan oleh Articles of Confederation. Articles of Confederation ini dibuat untuk membentuk satu pemerintah kerajaan pusat yang kuat, namun ianya gagal dan memiliki kelemahan kerana sebaliknya mewujudkan kerajaan-kerajaan negeri yang kuat sehingga menimbulkan konflik. Hal ini menyebabkan George Washington mengadakan pertemuan di Philadelphia berhubungan dengan perkara tersebut dengan wakil-wakil daripada negeri-negeri bahagian.  Hasilnya, satu perlembagaan baru telah dibentuk pada tahun 1787 yang melahirkan sebuah kerajaan pusat yang kuat, memiliki kuasa mengatur urusan perdagangan antara negeri di sampung urusan hal ehwal hubungan antarabangsa. Jika dilihat, sewaktu Revolusi Amerika dahulu aspek utama yang diperjuangkan ialah persamaan taraf sesama manusia atau all men were created equal, namun institusi perhambaan masih lagi diamalkan secara halal atau sah di semua 13 koloni sepanjang tempoh revolusi itu berlangsung. Walau bagaimanapun, negeri-negeri Utara telah bersedia untuk menghapuskan perhambaan yang dimulai oleh Rhode Island, diikuti Vermont. Tetapi, bagi negeri-negeri di bahagian selatan Amerika masih lagi berlakunya perdagangan hamba. Justeru itu, faktor perhambaan itulah yang membawa kepada punca perpecahan politik dari tahun 1790 sehingga berlakunya perang Saudara pada tahun 1861.


1Isu perhambaan dari segi politik
aPemilihan Abraham Lincoln sebagai calon Presiden Amerika Syarikat.
Pencalonan Abraham Lincoln sebagai calon presiden Amerika Syarikat merupakan aspek penting yang membawa kepada perpecahan politik di Amerika Syarikat sehingga tercetusnya Perang Saudara. Jika dilihat Lincoln memilik pendirian yang tegas berkenaan dengan isu perhambaan. Dapat dilihat yang mana Lincoln begitu lantang menetang cadangan Douglas untuk membenarkan penduduk di dalam lingkungan Louisiana Puechase untuk memiliki hamba. Lincoln juga telah membangkitkan isu perhambaan pada tahun 1858 dalam ucapannya di Quincy, sehingga memeranjatkan negeri-negeri selatan yang menganggap bahawa hamba adalah status kekayaan mereka. Negeri-negeri selatan sebenarnya takut apabila Abraham Lincolan akan terpilih, maka akan menjejaskan cara hidup mereka yang berasaskan kepada perhambaan itu. Justeru itu, disebabkan oleh kelantangan Abraham Lincon yang begitu bersungguh-sungguh dalam memperjuangkan penghapusan perhambaan telah merisaukan kepada negeri-negeri Selatan. Sehubungan dengan itu, negeri-negeri Selatan telah telah berusaha mempengaruhi Parti Demokratik bagi menetang Abraham Lincoln yang merupakan wakil Parti Republik. Namun, negeri-negeri selatan telah kecewa kerana Stephen A. Dounglas yang telah tercalon mewakili parti Demokratik. Disebabkan itu, mereka telah membuat satu konvensyen di Baltimore dan memilih John Beckenridge dari Kentucky sebagai calon mereka. Keadaan politik ketika itu semakin rumit lagi apabila sebuah parti baru mucul, iaitu Constituational Union Party ataupun dikenali sebagai parti Whig yang mencalonkan John Bell dari Tennesse. Kelihatan di sini telah berlaku perpecahan politik berhubung dengan soal perhambaan. Lincoln telah memenangi pilihan raya tersebut dengan mengalahkan Douglas, John Beckenridge, dan John Bell. Kemenangan Lincoln menyaksikan penunaian janji Carolina untuk keluar daripada Persekutuan.


BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN FULL ESEI INI BOLEH HUBUNGI 01131534732 ATAU EMAIL MELALUI

canaliusjolumin@yahoo.com

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Sumber-sumber Ilmu Sejarah yang Berbentuk Ilmiah - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -