The affiliate program’s the retailer’s products or services on their website, blog, social media, or other channels and earns a commission for each sale or action made through their unique affiliate link. read more 


What is affiliate program’s and how to join

Posted by : canalius 0 Comments
Pendahuluan
Revolusi Amerika atau juga dikenali dengan Perang Revolusi Amerika merupakan peristiwa perjuangan rakyat Amerika dalam rangka memperjuangkan hak asasi rakyatnya dari cengkaman penjajah Inggeris. Jika ditelesuri perang Revolusi Amerika ini berhubungkait dengan rentetan daripada peristiwa perang yang berlaku sebelum itu. Kesulitan kewangan akibat Perang Laut Tujuh Tahun melawan Perancis, Inggeris mula mengukuhkan pengaruhnya terhadap daerah jajahan. Dalam hal ini kerajaan Inggeris mula melaksanakan pelbagai undang-undang yang mengutamakan kepentingan negara induk, seperti undang-undang gula, kopi dan sebaganinya.  Jelas di sini bahawa usaha kerajaan British tersebut adalah semata-mata untuk mengukuhkan kekuasaan mereka di tanah jajahan. Berhubung dengan itu, daerah jajahan yang sudah matang merasakan tindakan yang negatif tersebut. Akibatnya, timbullah konflik antara kepentingan daerah jajahan dan negara Induk yang akhirnya memuncak dengan sebuah revoulis ataupun dikenali sebagai Revolusi Amerika. Dalam Perang Revolusi yang bermula pada tahun 1775 dan berlarutan sehingga tahun 1783 memperlihatkan kekalahan dan kemenangan oleh Amerika Syarikat.  Pelbagai faktor kemenangan tentera Amerika Syarikat dalam Perang Revolusi ini. Pertempuran Lexington dan Concord pada 19 April 1775 menjadi pertempuran pertama yang mengawali Perang Revolusi Amerika.
Faktor Kekalahan
1)      Tentera Amerika Syarikat yang tidak mempunyai pengalaman tempur
·         Pada mulanya tentera Amerika yang diketuai oleh George Washington tersebut selalu mengalami kekalahan. Kekalahan yang dialami oleh Amerika disebabkan oleh faktor tidak mempunyai pengalaman tempur. Hal ini berbeza dengan keadaan tentera British yang jauh lebih besar dan berpengalaman di medan tempur. Bahkan British terkenal di dunia sebagai negara yang mempunyai tnetera yang kuat terutama angkatan lautnya.
·         Di samping masalah ketenteraan, masyarakat Amerika juga pada keseluruhannya belum lagi menyokong terhadap kemerdekaan Amerika. Beberapa golongan masyarakat umumnya daripada kelas menengah ke atas masih banyak yang pro terhadap British dan tidak setuju kalau Amerika merdeka menjadi suatu negara.
·         Perpecahan dalam kalangan masyarakat Amerika ini seringkali menjadi masalah bagi para patriot untuk mencapai kemenangan bagi pihak British.

Faktor Kemenangan
1)      Bantuan daripada negara-negara Eropah yang lain
·         Bantuan dari negara-negara Eropah sangat bererti bagi kemerdekaan Amerika. Hal ini terbukti sejak tahun 1780, pasuk Amerika berhasil mengalahkan pasukan Inggeris di berbagai pertempuran. Walaupun daerah Carolina, Charleston dan Virginia sempat dikuasi oleh British, akan tetapi pada petempuran berikutnya pasukan British berhasil dikalahkan oleh pasukan gabungan Amerika dan Perancis. Gabungan pasukan Georgeo Washington oleh Rochambeau yang berjumlah 15,000 orang berhasil mengalahkan pasukan British di bawah pimpinan Lorf Cornwalis di daerah Yorktown, Pantai Virginia. Akhirnya pada tanggal Oktober 1781, pasuka Cornwalis menyerahkan dan Parlimen British segera memutuskan untuk menghentikan perang. Pada tahun 1782, perjanjian perdamaian dimulai antara Amerika Syarikat dengan British dan baru pada tnaggal 3 September 1783 secara rasmi ditandatangani perjanjian perdamaian tersebut. Hasil Perjanjian Paris tahun 1783 berisi tentang pengakuan Inggeris terhadap kemerdekaan dan kedaulatan ketiga belas koloni menjadi negara merdeka iaitu Amerika Syarikat.
·         Strategi yang kemudian dilakukan adalah dengan meminta sokongan terhadap negara-negara Eropah lain terhadap perjuangan kemerdekaan rakyat Amerika.
·         Permintaan sokongan tersebut terutama diarahkan pada negara-negara yang mempunyai konflik dengan inggeris seperti Perancis, Sepanyol, Denmark, dan Belanda.
·         Melalui dutanya yang bernama Benjamin Franklin, Amerika berjaya menyusun sokongan dari negara-negara Eropah tersebut terutama dari Perancis untuk membantu kemerdekaan Amerika.
·         Bantuan segera mengalir dari Eropah, terutama dari Perancis yang ingin membalas kekalahannya dalam Perang laut tujuh tahun terhadap British. Bantuan perancis dihantar berupa persenjataan serta pasukan tentera yang dipimpin oleh jeneral Lafayette. Angakatan laut Perancis juga melakukan sekatan terhadap kemasukan bala bantuan Inggeris ke Amerika. Pada tahun 1779, Sepanyol membantu Amerika Syarikat dengan berlatarbelakang keinginan untuk merebut kembali Gibraltar dan Florida yang telah dikuasi oleh British. Belanda membantu kerana ingin memperoleh keutungan besar dari perdagangan senjata dengan Amerika
·          Pembentukan perikatan antarabangsa sebenarnya tidak menjamin sepenuhnya kemenangan Amerika terhadap Inggeris. Akan tetapi, bantuan antarabangsa tersebut mempunyai peranan yang cuku besar bagi tumbuhanya semangat juang pasukan eropah Amerika. Hal ini terbukti sejak tahun 1780, pasukan Amerika berjaya mengalahkan pasukan British di berbagai petempuran.
·         Walaupun daerah Carolina, Charlseton, dan Virginia sempat dikuasai oleh Inggeris akan tetapi pada pertempuran berikutnya pasukan Inggeris berjaya dikalahkan oleh pasukan gabungan Amerika dan perancis. Gabungan pasukan George Washington dan Rochambeau yang berjumlah 15,000 orang berjaya mengalahkan pasukan Inggeris di bawah pimpinan Lord Cornwalis di daerah Yorktown, pantai Virginia.

2)      Pengaruh Risalah Common Sense
·         Pada Januari 1776, Thomas Paine, pengarang dari London menerbitkan Common Sense yang mengkritik Raja George III/ monarki England sebagai bertanggunjawab terhadap tindakan tirani di koloni Amerika.
·         Menurutnya, tibalah masanya rakyat koloni untuk menuntut satu republik yang merdeka yang ada kaitan dengan kerajaan England.
·         Dengan pengaruh risalah itu, congress mengambil keputusan untuk mengisytiharkan kemerdekaan pada 7 Julai 1776.
·         Fakta lain---- Thomas Plaine menerbitkan pamphlet tebal yang berjudul Common sense. Isi pamphlet tersebut memuatkan tentang pentingnya sebuah kemerdekaan.
·         Isi buku ini telah membakar jiwa patritisme rakyat koloni Amerika untuk mengusir pemerintah jajahan Inggeris.
·         Dalam buku tersebut telah mencemuh pribadi Raja Inggeris yang korup dalam memerintah negeri Inggeris.
·         Pada mulanya perang ini hanya bersifat menentang kekerasan pemerintah Inggeris terhadap kaum koloni dan belum mempunyai tujuan untuk mencapai kemerdekaan.
·         Akan tetapi, tujuan perang menjadi jelas setelah terbitnya buku Common Sense (Pikiran Sihat) 1776 karya Thomas Paine.
·         Tulisan ini berisikan fahaman kemerdekaan yang kemudian menyedarkan kaum koloni untuk mengubah tujuan perjuangan dari menentang kekerasan menjadi perjuangan mencapai kemerdekaan.
·         Dalam Kongres Kontinental II tahun 1775 di Philadephia, para wakil dari ketiga belas koloni sepakat untuk memerdekkan diri.
·         Akhirnya pada tanggal 4 July 1776 dicanangkan Declaration of Independence sebagai alasan untuk memisahkan diri dari negeri induk Inggeris.
·         Naskah  Declaration of Independence ini disusun oleh lima orang, yakni Thomas Jefferson, Benjamin Franklin, Roger Sherman, Robert Livingstone, dan John Adams.
·         Pada Januari 1776, terjadi revolusi kesedaran hebat di hati orang-orang Amerika.
·         Thomas Paine yang baru saja menerbitkan bukunya yang akan menjadi karya terhebat dalam sejarah Amerika, Common Sense. (mendapatkan perhatian dari hampir semua orang Amerika bahkan mempengaruhi pemimpin2 seperti George Washington dan Benjamin Franklin.
·         Paine memperingati bahawa cara Inggeris memerintah adalah tirani (kekuasaan yang digunakan sewenang-wenang). Untuk itu, adalah kewajiban para kolonis untuk berjuang.
·         Paine menekankan bahawa mereka harus berjuang tidak saja sebagai orang-orang tertindas secara ekonomi, tetapi juga sebagai pejuang-pejuan dengan tujuan yang besar dan mulia, iaitu melawan tirani, melawan kesewenang-wenangnya dan menciptakan kemerdekaan bagi semua yang tertindas.
·         Orang-orang Amerika segera sedar dan mereka harus bangkit  melawan British.
·         Buku ini menyebar sanagt cepat dan terjual dalam jumlah yang luar biasa, lebih dari 100 ribu hanya dalam tiga bulan
·         Akhirnya pada 4 Julai 1776, wakil dari 13 wilayah koloni akhirnya bertemu dan memproklamasikan sebuah negara baru, United State of America.
Kemenangan Amerika di Trenton
·         Saat itu, George Washington berhasil melakukan serangan balik dengan menyeberangi Sungai Delaware di malam Natal 1776.
·         Mereka kemudian juga memenangkan pertempuran besar di Saratoga.
·         Di sana, mereka berhasil mengumpulkan pasukan dalam jumlah yang blebih besar, yakni 15 ribu orang berbanding pasukan Inggeris yang hanya 10 ribu.
·         Akibat kemenangan ini, pasukan koloni mula mendapat bantuan dari negara-negara lain iaitu musuh2 british.
·         Perancis, Sepanyol dan Belanda membelia Amerika untuk mengamakan posisi mereka di Eropah supaya British tidak bertmabah kuat.
-pada ktober 1781, Cornwallis bergerak menujuk kota pelabuhan Yorktown di Virginia untuk bertemu dengan armada laut British. Mengetahu hal itu, gabungan pasukan Amerika yang dipimpin pemimpin muda Marquis de Lafayetta menjebak pasukan Inggeris di tepi lautan. Cornwallis yang mengira akan didukung Inggeris di tepi lautan. Cornwallis yang mengira akan didukung oleh armada British dari laut terkejut kerana ternyata yang ada di sana bukan armada British, melainkan armada Perancis. Armada Inggeris telah dihancurkan kapal-kapal Perancis di pertempuran Chesapeake.

3)      Perubahan dalam strategik Amerika yang membawa kepada kemenangan di York Town
·         Awalnya, Perancis yang membawa bantuan terhadap tentera Amerika telah terperangkap di New Port oleh tentera British. Kemudiannya, Washington yang seterusnya menunggu bantuan kapal laut Perancis untuk kali kedua berkubu di Utara New York.  Kedudukan mereka ketika itu membolehkan tentera Amerika sentiasa memerhatikan British yang pada ketika itu British diketuai oleh General Clinton.
·         Washington telah mengikuti perkembangan pertemupuran di selatan semasa 1780 dan 1781. Justeru itu, beliau tahu bahawa tentera British diketuai oleh Cornwallis telah bertapak di York Town, Virginia.
·         Washington juga mengetahu bahawa kuasa-kuasa tentera dibawah Marquis de Lafayetta.
·         Perubahan strategic wahsington ini dapat dilihat yang mana beliau telah mengubah rancangnya dengan memajukan pergerakn ke York Town dan bukannya ke New York setelah mengetahui Laksamana Francois de Grasse iaitu ketua tentera laut Perancis telah menuju kearah Teluk Chesapeak dan bukannya ke New York.
·         Tujuan Washington berbuat demikian adalah kerana beliau ingin memerangkap Clinton yang mana Clinton berasa bahawa tentera Amerika akan menyerang New York.
·         Dalam situasi ini, General Rochambeau bersama-sama dengan tentera Washington telah pergi ke selatan dengan pergerakan selama 15 hari.
·         Clinton di New York tidak mengetahu bahawa mereka telah ke Selatan dan bukannya ke Virginia.
·         Tiga kumpulan tentera daripada Lafayette, Washington dan Rochumbeau adalah tentera utama gabungan Amerika dan Perancis di bawah Laksamana de Grasse yang akan bertemu di York Town.
·         Kemudiannya pada 14,000 tentera Amerika dan Perancis telah memerangkap tentra british di Cornwallis dan tentera Hessian di York Town.
·         General Clinton dan tentera British yang lainnya menunggu di New York, mereka tidak dapat membantu Cornwallis semasa dihalang oleh pihak Amerika dan Perancis.
·         Dalam hal ini menyebabkan ramai tentera British yang terkorban dan banyak tentera yang cedera.
·         Pada 19 oktober, mereka mula menyerah kalah.
·         British telah menyerahkan senjata mereka dan berarak diantara barisan tentera Amerika dan Perancis.
·          
Perang Kemerdekaan AS (1776-1783)
·         Kemenangan militer awal dalam petempuran di Lexington, Charleston, Concord dan Bunker Hill telah memperkuatkan optimisme orang-orang Amerika.
·         Ditunjang dengan angkatan bersenjata yang besar, kekuatan ekonomi serta angkatan laut terkut di dunia, ternyata Inggeris mempunyai banyak kelemahan.
·         British tidak mengenal medan tempur Amerika.
·         Sebaliknya pasukan Amerika dapat sembunyi dan melakukan serangan dimanapun daerahnya.

Peranan George Washington dalam Perang Kemerdekaan Amerika, 1775-1783
Kelebihan terhadap Amerika Syarikat
·         Amerika Syarikat mempunyai beberapa kelebihan dalam peperangan Revolusi tersebut
·         Tentera Amerika berperan di tanah sendiri manakala, British terpaksa membawa manakala, British terpaksa membawa tenteranya dan bekalan daripada jauh. Pengepungan York Town memperlihatkan bagaimana British hanya bergantung kepada sokongan bantuan daripada laut sahaja apabila kapal laut mereka disekat menyebabkan tentera British hilang sokongan bantuan daripada pihak mereka sendiri.
·         Kemenangan dalam Revolusi Amerika ini adalah melalui pergerakan manusianya. Kemenangan ini bukan sahaja bergantung kepada peperangan sahaja tetapi keazaman dan semangat yang terdapat dalam diri tentera Amerika. Tentera Eropah telah berarak daripada New York ke York Town, dan orang ramai telah keluar menyaksikan dan berharap tentera dalam keadaaan yang baik. Washington menegaskan kepada orang ramai dan berkata:
·         Kata-kata ini telah meniup semangat para tentera Amerika untuk berjuang mendapatkan keadilan kepada nasib mereka dan membalas dendam terhadap perbuatan pihak British yang telah menindas kehidupan mereka semasa mereka mengalami kekalahan yang teruk dalam perang sebelumnya.




Faktor Kemenangan Tentera Amerika Syarikat Dalam Perang Revolusi (1775-1783)

Posted by : canalius 0 Comments
PENGENALAN
Empayar uthmaniyyah merupakan sebuah empayar Islam yang terbesar dan telah memerintah lebih dari 600 tahun, bermula dari tahun 680H/1281M sehinggalah tahun 1924 M. Sultan Salim III merupakan anak kepada Mustafa III yang berbakat dan disayangi serta merupakan harapan. Sultan salim III menggantikan bapa saudara baginda iaitu Sultan Abdul Hamid I.  Bapa dan bapa saudaranya banyak mendedahkan idea-idea barat dari sudut pentadbiran dan ketenteraan kepada sulta Salim III.  Sultan salim III telah dilatih oleh bapa saudaranya dalam bidang pentadbiran dan memperkenalkan baginda kepada tokoh-tokoh pemerintah Eropah.

Pembaratan

Politik
Baginda telah memusatkan pentadbiran di seluruh negara kepada satu. Dalam pentadbiran baginda, seramai dua belas orang menteri telah dilantik bagi mengagihkan kuasa Perdana Menteri di samping untuk mengelakkan berlakunya penyelewengan kuasa oleh Perdana Menteri. Hal ini kerana baginda menyatakan dan berpandangan bahawa limpahan kuasa yang luas akan atau sering kali membawa kepada penggantian Perdana Menteri yang kerap dan tidak efisyen. Begitu juga dengan polisi yang dijalankan oleh perdana menteri semasa Jenessari telah mengalami perubahan semasa pemerintahan Sultan Salim III. Polisi yang dijalankan oleh Perdana Menteri semasa Jenissari telah dihapuskan dan telah ditukar kepada polisi yang baru iaitu, Perdana Menteri akan dibantu oleh dua belas orang menteri untuk mengelakkan penyelewengan kuasa oleh Perdana Menteri. Baginda juga telah mewujudkan akta parlimen bagi menghad dan mengawal kuasa Perdana Menteri yang dikawal oleh baginda sendiri.
Baginda juga telah mewujudkan pelbagai jabatan dengan satu ketua di setiap jabatan. Selain setiap jabatan mempunyai ketua, setiap jabatan juga telah diisi oleh baginda dengan setiausaha-setiausaha, kerana sebelumnya dilihat baginda keadaan jabatan-jabatan yang terbabit berterabur dan tidak teratur. Antara jabatan-jabatan yang diwujudkan oleh Sultan Selim III ialah, Jabatan Asafi iaitu merupakan sebuah jabatan Perdana Menteri, dan Jabatan Rais Al-Khutab yang bertujuan untuk membantu Perdana Menteri dalam Hal ehwal pantadbiran. Segala aspek yang menjurus kepada rasuah seperti pemberian hadiah telah dihapuskan oleh Sultan Selim III. Baginda juga telah menghadkan tempoh bagi pegawai yang memegang jawatan di peringkat wilayah kepada tiga tahun.
Sultan Selim III telah mengubah sistem kewangan sebagai langkah pertama dalam pembaharuan bidang ekonomi Empayar Uthmaniyyah. Baginda menghantar wakil-wakil ke luar negeri seperti ke negara Austria untuk mengkaji tentang sistem kewangan di negara itu. Contohnya seperti, baginda telah menghantar Abu Bakar Latif ke Austria untuk mengkaji sistem pentadbiran dan sistem kewangan. Dalam bidang ini juga baginda telah mengubah sistem pungutan cukai. Sebelumnya sistem pungutan cukai adalah dikuasai oleh individu untuk kepentingan  mereka sendiri. Individu yang menjalankan kutipan cukai itu adalah seperti Gabenor dan tentera Jenessari. Baginda mengubah sistem pungutan cukai daripada pungutan oleh individu kepada pungutan yang dikawal secara langsung oleh Pusat.

Selain itu baginda juga telah mengurangkan cukai pertanian dan mangukuhkan nilai mata wang. Begitu juga dengan sektor pertanian dan perlombongan, perdagangan eksport dalam kedua-dua sektor ini telah diperluaskan oleh baginda. Sultan Selim III telah memperluaskan perdagangan dengan pihak Eropah terutama dalam perdagangan minyak. Akibat daripada perluasan perdagangan dengan Eropah ini kerajaan Empayar Uthmaniyyah telah mendapat faedah dari segi perkilangan untuk membuat senjata peperangan. Sistem tanah Timar atau tanah yang diberi kepada tentera Jenessari dipantau oleh pegawai-pegawai pusat agar tidak diselewengkan dan mengelakkan daripada berlakunya perebutan justeru itu tanah ini telah di pantau oleh pusat pemerintahan. Pengekalan nilai mata wang, dengan meluaskan aktiviti eksport barangan pertanian dan perlombongan kerana pada masa itu Eropah dan Perancis mengalami revolusi perindustrian.

Pembaharuan Ketenteraan
Selain daripada pembaharuan dalam bidang pentadbiran dan ekonomi Sultan Selim III juga telah membuat pembaharuan dalam bidang ketenteraan kerana pada masa itu Empayar Uthmaniyyah berdepan dengan masalah peperangan. Baginda mengambil langkah yang bijak apabila telah membuat pembaharuan kepada bidang pentadbiran dan ekonomi terlebih dahulu untuk menjayakan matlamatnya iaitu membuat pembaharuan alam bidang ketenteraan. Badinda telah memulihkan ketenteraan Jenessri. Dalam pembaharuan ketenteraan ini, telah menilai semula segala pemberian yang berbentuk insentif kepada Tentera Jenessari iaitu seperti pemberian Timar. Hasil daripada penilaian semula yang telah dibuat oleh Sultan Selim III ialah, Timar telah di ambil alih dan dipantau oleh kerajaan Pusat untuk mengelakkan perebutan dan agar tidak diselewengkan. Pembaharuan pasukan-pasukan lain adalah lebih bersifat radikal. Kira-kira 300,000 orang tentera Jenessari di bahagi kepada dua untuk memperbaiki kebolehan dan disiplin mereka . Gabenor sesebuah daerah dan wilayah diperintahkan untuk mendidik anak-anak muda untuk menjadi pengikut mereka untuk melengkapkan penganti-penganti sebagaimana yang diperlukan . Anak-anak kepada ahli-ahli hanya akan diterima masuk sekiranya mereka ada kebolehan. Berkaitan dengan senjata, pembaharuan yang amat berjaya adalah meriam (Topgu), mortar (Humbaraci) dan Cannon-Wagon (Top Arabic) yang sudah sedia dipengaruhi oleh kerja-kerja Tott . Telah melantik Yussuf Fasa untuk menjadi Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam memajukan ketenteraan atau memodenkan ketenteraan Empayar Uthmaniyyah. Justeru itu, Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam pemodenan ketenteraan Empayar Uthmaniyyah telah mengambil jurulatih daripada Russia yang  merupakan tentera Russia yang telah berpaling tadah dan seterusnya dibawa masuk ke Empayar Uthmaniyyah.
Pembaharuan dalam bidang ketenteraan ini lebih menekankan beberapa aspek, termasuklah pembinaan. dan teknologi persenjataan. Mencuba untuk membina kilang-kilang senjata samada senjata jenis ringan dan berat. Selain itu, dalam latihan ketenteraan, pembaharuan yang dilakukan ialah corak latihan yang diadaptasi daripada corak latihan tentera-tentera Perancis dan Russia begitu juga dengan mengikuti kursus peperangan dari Russia dan telah mewujudkan pusat-pusat latihan tentera. Sebagai permulaan telah dilakukan secara rahsia, Sultan Selim III telah melantik seramai seratus pemuda untuk mengikuti latihan ketenteraan, pegawai-pegawai dibayar gaji. Selain daripada mewujudkan pusat-pusat latihan tentera, sekolah-sekolah tentera dan sekolah kejuruteraan tentera juga diwujudkan untuk menjalankan semua jenis atau aspek ketenteraan. Sultan Selim III telah memperbaharui beberapa sistem ketenteraan Empayar Uthmaniyyah antaranya ialah, Sistem Armanda Laut iaitu ketenteraan yang berkaitan dengan pelayaran, memodenkan kubu-kubu utama dan pembaharuan yang terakhir ialah mencetak buku-buku ketenteraan Perancis dan diagihkan kepada pelatih untuk dipelajari, ekoran daripada buku-buku tentera ini yang ditulis dalam bahasa Perancis maka, adalah diwajibkan mempelajari bahasa Perancis untuk menguasai segala yang terkandung didalam buku-buku tentera itu. Armanda laut yang diperkenalkan adalah mengikut teknologi barat. Pelbagai mata pelajaran baru diajar seperti, geometri yang digunakan untuk pelayaran, kartografi dan sebagainya. Pembaharuan yang semakin jauh ini telah menyebabkan tertubuhnya aspek perubatan ketenteraan untuk menjaga kesihatan para tentera. Selain daripada itu telah diwujudkan juga dana-dana ketenteraan.

Reaksi Terhadap Pembaharuan
Bolehlah disimpulkan bahawa pembaharuan yang dilakukan oleh Sultan Selim III adalah atas bantuan Kuasa Barat dan ini telah menyebabkan para ulama menentang program Sultan Selim III atas dasar ia merupakan perbuatan bid’ah dan juga dikira berdosa untuk menerima bantuan daripada orang kafir . Sementara itu, pihak Jenessari selain menerima pendapat tersebut, juga bimbang bahawa perubahan yang sedang berlaku itu akan menyebabkan mereka kehilangan pengaruh. Sehubungan dengan itu, sayugia diketahui bahawa sebelum itu pihak Jenessari sememangnya disanjung sebagai tentera yang terbaik dan dilayan dengan istemewa. Akibat daripada penentangan itu, Sultan Selim III telah digulingkan pada tahun 1807 atas alasan ia telah menyalahi Syarak dan terpengaruh oleh bangsa Eropah.

Penilaian dan Analisis
Pembaharuan yang telah dilakukan oleh Sultan Selim III untuk mengembalikan zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah adalah tanggungjawab semua pemimpin Empayar Uthmaniyah dan tindakan baginda mengambil kemodenan Barat sebagai contoh adalah tidak salah. Melihat kepada kejayaan yang di capai melalui pembaharuan itu, Empayar Uthmaniyyah Hanya berjaya dibangunkan dari sudut fizikal sahaja. Selain daripada itu, yang lebih mengagumkan ialah perkembangan inteektual yang amat drastic hanya disebabkan oleh satu faktor terbesar iaitu ketenteraan.
Walaupun usaha-usaha oleh Sultan Selim III berjaya membangunkan Empayar Uthmaniyyah dari pelbagai aspek, namun ia tidak dapat mengembalikan zaman kegemilangan Empayar tersebut semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini adalah kerana Sultan Selim III terlalu mengagungkan Revolusi Perancis dan mengabaikan nasihat ulama yang khuatir dengan keikhlasan Perancis membantu Empayar Uthmaniyyah. Golongan ulama yang berpendidikan tradisional tentulah masih segar diingatan mereka semangat Perang Salib, justeru itu menentang Sultan Selim III mendapat bentuan dari kuasa bukan Islam. Begitu juga dengan undang-undang rasuah yang dijalankan hanya di peringkat bawahan sahaja sedangkan di peringkat atasan masih berlaku.

Kesimpulan

Tidak dinafikan pembaharuan yang dilakukan oleh Sultan Selim III berkesan memajukan dan memodenkan Empayar Uthmaniyyah dengan baik dari segi pentadbiran, ekonomi, dan ketenteraan. Namun, idea-idea pembaratan yang diterima oleh baginda bulat-bulat tanpa memikirkan kesannya tidak dapat membawa kepada zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah seperti semasa Sultan Muhammad al-Fatih yang merupakan matlamat uatma Baginda. Hal ini adalah diakibatkan daripada kelemahan dirinya sendiri yang terlalu percaya kepada Barat atau juga disebabkan oleh faktor persoalan keimanan dan jihad kerana jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan Empayar Uthmaniyyah itu, Sultan Selim III lebih menumpukan kepada peningkatan ketenteraan berasaskan idea-idea Barat semata-mata dan kurang memberi perhatian kepada persoalan Jihad dan Keimanan seperti mana zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Keberkesanan usaha pembaratan sultan Salim III kearah mengembaikan kegemilangan Empayar Uthmaniyyah.

Posted by : canalius 0 Comments
Sistem Kapitalisme di Amerika Syarikat
Sejarah kewujudan sistem kapitalisme ini bermula dengan idea kepada sosialis Marxist mula digunakan di Amerika Syarikat pada tahun 1870. Marxist yang mengetengahkan teori kapitalisme yang mana teori ini menekankan kepada penguasaan sepenuhnya ekonomi dan politik oleh individu atau pertubuhan tertentu. Dari sudut ekonomi pula, dapat dilihat bahawa kapitalisme ialah tindakan seseorang atau pertubuhan yang menguasai ekonomi untuk mengaut keuntungan yang maksimum. Setelah beberapa tahun teori ini mula terkenal malahan digunakan oleh golongan kapitalis di Amerika. Sebagai contohnya pada tahun 1877, mula ditubuhkan Marxist Socialist Labor Party ataupun Pertubuhan Pekerja yang bercirikan socialist Marxist. Kesan daripada pertubuhan pekerja, maka wujud sektor tertentu yang mendominasi ekonomi di Amerika Syarikat iaitu kemunculan perniagaan besar seperti industri kereta api, industri minyak, dan industri keluli besi. (Krisis-krisis ini wujud adalah disebabkan amalan kapitalisme yang diamalkan di Amerika Syarikat selepas era perang saudara. Walaupun kapitalisme sering dikaitkan dengan produk perindustrian, kapitalisme telah berlaku sebelum adanya mesin dan kilang. Antara aspek yang penting dalam kapitalisme ialah keupayaan pemilik untuk membeli dan menjual hasil produk secara bebas, hak usahawan untuk menjalankan perniagaan secara bebas dan kewujudan jumlah pekerja yang ramai yang tidak terikat dalam undang-undang terhadap  pekerjaan mereka. Oleh itu secara ringkas kapitalisme adalah sistem organisasi ekonomi yang dicirikan dengan pemilikan swasta dalam mana sistem ini memberikan kebebasan kepada individu dalam mengumpul sumber-sumber ekonomi tanpa campur tangan daripada pihak kerajaan)

1.   Industri Kereta Api
Industri kereta api merupakan salah satu perniagaan besar yang dipelopori oleh golongan kapitalis di Amerika Syarikat. Sistem landasan kereta api telah berkembang dengan pesat sekali bermula pada pertengahan abad ke-19, terutamanya setelah kerajaan Amerika telah meluluskan Akta Landasan Kereta Api Pasifik pada tahun 1862 dan 1864. Landasan ini dibina dengan lebih besar bagi mengatasi krisis pengangkutan yang timbul akibat daripada Perang Saudara. Menjelang tahun 1860-an, Amerika semakin mencapai kemajuan dengan adanya sistem jaringan yang dibina hasil daripada kerjasama kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga syarikat kereta api. Sebagai contohnya, kerajaan persekutuan yang menyerahkan 131,000 ekar tanah daripada 175 ekar tanah awam, kerajaan negeri pula memainkan peranan dengan menyumbangkan 49 juta ekar kepada industri ini, manakala syarikat kereta api telah memberikan tanah yang belum dibangunkan di bahagian barat. Kesannya, telah menyebabkan syarikat kereta api muncul sebagai perniagaan besar yang pertama pada ketika itu


2.     Industri Keluli Besi
Perniagaan besar yang ketiga yang mendominasi ekonomi Amerika Syarikat ialah industri keluli besi. Industri keluli besi juga telah diperkenalkan selepas industri minyak berjaya mengaut keuntungan di Amerika. Orang utama yang menjadi penggerak kepada industri ini adalah Andrew Carnegie, beliau lebih berminat mencari keuntungan untuk diri sendiri sekaligus membawa kepada pendominasian ekonomi Amerika Syarikat. Kehidupan Carnegie mula berubah setelah beliau menjual saham kereta api untuk keuntungan yang besar sekaligus menyebabkan beliau menjadi jutawan tidak lama kemudian. Sebelum Carnegie berumur 30 tahun, beliau sudah mula melabur wang terutamanya dalam industri besi. Kesannya, dalam beberapa tahun, beliau memiliki saham di perusahaan yang membuat jambatan besi, rel kereta dan rangkaian kereta api.
Dapat diketahui bahawa sistem kapitalisme di Amerika Syarikat dimonopoli oleh beberapa syarikat tertentu seperti syarikat kereta api, syarikat minyak dan syarikat keluli besi.


Krisis Sosial yang berlaku Kesan Daripada Amalan Kapitalisme

1  Pertambahan Penduduk Akibat daripada Kemasukan Pekerja Imigran
Krisis sosial yang berlaku ekoran daripada kesan pengamalan kapitalisme ialah pekerja imigran. Pada akhir abad ke-19, kilang perindustrian semakin meningkat dengan drastik berikutan peningkatan tenaga manusia di kilang. Hal ini disebabkan oleh migrasi besar-besaran ke bandar industri. Terdapat dua aliran migrasi ini iaitu yang pertama aliran dari kawasan pedalaman Amerika ke bandar perkilangan. Kedua, aliran migrasi secara beramai-ramai daripada Asia, Kanada dan kawasan lain selepas Perang Saudara. Kebanjiran pekerja imigran yang sangat ramai ini sangat menguntungkan pengusaha kilang perindustrian yakni di negeri Utara Amerika Syarikat. Antara tahun 1865 dan 1915 memperlihatkan terdapat 25 juta imigran telah sampai di Amerika. Golongan kapitalis telah mengambil kesempatan dalam perkembangan ekonomi Amerika Syarikat dengan melabur modal dalam perindustrian baru seperti pembinaan kereta api, pemprosesan makanan, besi keluli dan perlombongan. Mereka telah mengaut keuntungan yang banyak dengan mengeksploitasi sumber yang terdapat di Amerika ketika itu. Lantaran itu, pekerja imigran mendapat tempat dalam pekerjaan di Amerika Syarikat. Mereka bekerja di tapak perindustrian baru tersebut. Namun begitu, kedatangan pekerja imigran ini turut menimbulkan krisis sosial di Amerika Syarikat. Pekerja imigran di Amerika Syarikat telah mengundang kepada masalah misalnya Amerika mengalami kepadatan penduduk di sana. Pertambahan penduduk secara mendadak berlaku dan hal ini menjadi ancaman kepada penduduk Amerika Syarikat yang menetap di sana sejak dari awal lagi. Kesan daripada pertambahan penduduk, telah menyebabkan sumber ekonomi yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan penduduk yang sangat ramai.


2.     Upah dan Keadaan Kerja
Di samping itu juga, krisis yang berlaku akibat daripada pendomiasian ekonomi oleh golongan kapitalis ialah upah dan keadaan kerja. Selepas tamatnya Perang Saudara atau juga dikenali sebagai Civil War di Amerika Syarikat, taraf kehidupan pekerja semakin baik namun demikian, keperluan hidup juga semakin meningkat. Kesan daripada keperluan hidup yang kian meningkat telah menyebabkan industri memberikan kadar upah yang rendah yang mana kebanyakan pekerja mendapat upah yang sangat rendah pada ketika itu. Menjelang abad ke-20, purata pendapatan pekerja adalah antara $400 hingga $500 setahun. Masalah tempoh jam bekerja juga menjadi masalah terhadap pekerja-pekerja di Amerika Syarikat. Misalnya, pekerja kilang bekerja 6 hari seminggu dan selama 10 jam sehari manakala di kilang kilang besi pula, mereka bekerja selama 12 jam sehari.  Tempoh jam bekerja dipanjangkan oleh industri tersebut akibat daripada ingin mendapat keuntungan yang maksimum dengan meningkatkan produktiviti pengeluaran. Perbezaan masa bekerja menjadi suatu krisis sosial di Amerika Syarikat kerana ia berkaitan dengan hak asasi manusia. Selain itu, keadaan di tempat kerja turut menjadi isu terutamanya dalam kalangan pekerja kilang. Keadaan tempat kerja juga menjadi krisis sosial kerana setiap pekerja berhak untuk dilindungi daripada bahaya. Di Amerika Syarikat, kebanyakan pekerja bekerja di tempat yang penuh dengan risiko kemalangan. Lantaran itu, kemalangan di tempat kerja itu dianggap sebagai perkara biasa atau lumrah oleh pihak syarikat yang mana hanya menginginkan keuntungan semata-mata. Mangsa yang terlibat tetap diberi pampasan sama ada dari pihak majikan mahupun kerajaan namun sangat kecil atau tidak setimpal.

3.     Pengeksploitasi Buruh Wanita dan Kanak-kanak
Kilang perindustrian di Amerika Syarikat sangat memerlukan banyak pekerja mahir di samping memerlukan pekerja yang ramai untuk menghasilkan pengeluaran yang banyak. Lantaran itu, wanita dan kanak-kanak diambil bekerja oleh para pengusaha kilang tetapi dengan bayaran upah yang rendah daripada pekerja lelaki dewasa. Mereka diberi upah $6 hingga $8 seminggu iaitu kadar upah yang sangat rendah untuk menampung keperluan harian yang meningkat. Seperkara lagi, wanita turut bekerja di bahagian tempat kerja yang berbahaya. Bagi buruh kanak-kanak pula, kanak-kanak di bawah umur 16 tahun sudah dibenarkan untuk bekerja di kilang. Misalnya, buruh kanak-kanak di kilang kapas di kawasan Selatan Amerika Syarikat bekerja di bawah sinar lampu pada waktu malam dengan memercikkan air sejuk di muka mereka, agar sentiasa bertahan daripada mengantuk. Di samping bekerja di kilang kapas, contoh yang lain ialah di kilang pengetinan, buruh kanak-kanak perempuan memotong buah-buahan dan sayur dalam tempoh masa 16 jam sehari. Mereka sangat terdedah dengan bahaya dan maut kerana bekerja di kilang yang dilengkapi mesin yang berbahaya. Hal ini menambahkan lagi krisis sosial kerana sepatutnya mereka mempunyai hak untuk diberi pendidikan disebabkan umur yang masih terlalu muda.  Pendek kata, golongan kapitalis di Amerika Syarikat telah menggunakan pendekatan insentif buruh dalam mencapai matlamat iaitu memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.  

4.     Asimilasi dan Ekslusi
Krisis sosial yang seterusnya ialah berkaitan dengan asimilasi dan ekslusi yang mempengaruhi penduduk tetap di Amerika Syarikat. Umumnya, asimilasi adalah satu proses budaya di mana seseorang atau budaya kumpulan itu akan menyerupai budaya orang atau kumpulan yang lain. Proses pengasimilasian sering berlaku dalam kalangan kelompok masyarakat majoriti yang telah mempengaruhi masyarakat minoriti dalam segala aspek.  Di Amerika pada abad ke 19, ekoran daripada perkembangan bidang perindustrian hal ini telah membawa kepada gelombang penghjrahan imigran secara besar-besaran ke kawasan perindustrian Amerika daripada negara-negara Eropah. Penguasaan golongan kapitalis dalam bidang ekonomi telah membawa kepada penghijrahan secara ramai ke Amerika Syarikat. Pada dasarnya, semua kumpulan imigran berkongsi beberapa persamaan, misalnya mereka adalah kaum imigran, berasal dari luar bandar untuk tinggal di bandar-bandar dan menyebabkan mereka beradaptasi dengan kehidupan golongan di bandar serta membentuk komuniti etnik masing-masing yang sangat erat di Amerika. Kebanyakan imigran di Amerika Syarikat adalah daripada golongan belia yang berumur antara 15 hingga 45 tahun, dan telah mewujudkan komuniti etnik masing-masing yang sangat erat di Amerika dan ianya semakin ketara sekitar abad ke 19. Kemasukan kaum imigran juga telah menyebabkan krisis sosial berlaku iaitu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan menjadi semakin terhad. Hal ini demikian kerana, golongan imigran yang sanggup bekerja dengan kadar upah yang rendah telah menyebabkan golongan majikan dalam sektor perindustrian lebih cenderung untuk memlilih golongan ini dalam sektor perindustrian. Keadaan ini telah menimbulkan protes daripada kaum bumiputra dan menggesa kerajaan untuk mengambil langkah penyelesaian. Pada tahun 1887, Henry Bowers merupakan seorang peguam yang membenci kaum Katholik dan pedatang telah menubuhkan persatuan American Protective Association (APA) yang bertujuan untuk menentang imigran di Amerika. Tujuannya adalah untuk mempertahankan true Americanism dan menghalang peningkatan kuasa Gereja Katolik di Amerika.

5.     Tekanan dengan Kehidupan Bandar
Tekanan dengan kehidupan bandar juga merupakan salah satu krisis sosial yang berlaku akibat daripada pendominasian golongan kapitalis. Penemuan dan penciptaan teknologi moden akibat daripada revolusi perindustrian mengubah cara hidup manusia serta mempercepatkan perkembangan bandar. Bilangan penduduk di Rochdale hanyalah 15,000 penduduk pada tahun 1801, meningkat kepada 44,000 pada tahun 1851 dan seterusnya mencatatkan pertumbuhan penduduk yang mendadak kepada 83,000 pada tahun 1901. Pertambahan penduduk bandar abad ke 19 meningkat kerana tawaran peluang pekerjaan oleh sektor perkilangan di samping kemudahan pengangkutan awam yang wujud di kawasan bandar. Hal ini secara langsung telah menyebabkan bilangan penduduk yang meningkat secara tidak terkawal terutamanya di bandar.  Proses perbandaran ataupun urbanisasi tidak terkawal dengan penghijrahan yang dinamik dari luar bandar yang telah membanjiri bandar yang sudah padat dengan penduduk untuk mencari peluang pekerjaan. Disebabkan tumpuan penduduk di kawasan bandar semakin bertambah memberi kesan kepada permintaan terhadap sektor perumahan semakin meningkat. Hal ini seterusnya mengakibatkan rumah didirikan tanpa mengambil kira aspek kemudahan awam, dan sosial serta kesihatan yang mengakibatkan timbulnya masalah yang merunsingkan. Akibatnya, keadaan tempat tinggal menjadi tidak teratur dan sesak sekaligus menyebabkan bandar menjadi kotor, dilanda penyakit berjangkit, masalah setinggan, rumah yang  disusun terlalu rapat dan tidak seragam. Kemiskinan dan masalah setinggan merupakan sesuatu yang malang yang tidak dapat dielakkan dan masalah tersebut merupakan kesan negatif daripada persaingan yang wujud. Masalah berlaku di bandar akibat daripada ledakan peningkatan penduduk bandar, lebih teruk lagi apabila kemudahan awam tidak disediakan kepada penduduk dan tiada kawalan pembangunan menjadikan keadaan semakin bertambah buruk. Hal ini juga telah mewujudkan beberapa masalah yang timbul kepada masyarakat bandar ketika itu. Masalah yang amat ketara berlaku di bandar adalah kehidupan yang miskin lalu mendorong mereka untuk merempat. Keadaan ini telah meningkatkan masalah jenayah sosial di kalangan masyarakat bandar seperti pelacuran, mencuri, pembunuhan dan sebagainya. Keadaan di kawasan perumahan adalah sangat sesak dan keadaan tempat kerja khususnya di kilang juga sangat teruk. Beliau menyatakan bahawa perkembangan perindustrian di bandar-bandar utama pada abad ke 19 menyebabkan kadar kematian semakin meningkat akibat daripada terkena penyakit berjangkit. Di samping itu juga, terdapat bandar seperti London mengamalkan kerja yang bermusim iaitu pada setiap tahun terutamanya pada musim sejuk, pekerjaan sukar dilakukan dan terdapat tempat bekerja terpaksa ditutup. Kesannya, mengundang kepada kadar pengangguran dalam kalangan pekerja. Dalam keadaan seperti ini, usaha pekerja menyimpan wang adalah sangat sukar. Begitu juga dengan kelas pertengahan yang terpaksa terlibat dengan pekerjaan yang tidak bermoral seperti penglibatan wanita yang bekerja sambilan sebagai pelacur untuk mencari rezeki.

6.     Krisis Orang Kulit Hitam
Dalam pengamalan sistem kapitalisme, isu perkauman untuk kaum kulit hitam sering digunakan. Setelah berakhirnya Perang Saudara (1861-1865), sistem perhambaan di Amerika telah dihapuskan. Golongan hamba yang terdiri dari orang berkulit hitam menjadi orang bebas. Dalam Era Rekonstruksi, kerajaan di selatan telah memperkenalkan “Black Code” untuk orang kulit hitam yang memberikan hak yang minimum untuk orang kulit hitam. Prejudis antara kaum juga tidak dapat dielakkan. Hal ini kerana orang kulit putih menganggap bahawa darjat mereka lebih tinggi berbanding orang kulit hitam. Di Amerika Syarikat, “racial policy” yang digunakan oleh para kapitalis membolehkan kesatuan pekerja tidak dapat dicapai. Para majikan juga menggalakkan konflik kaum dan etnik dalam kalangan pekerja menyebabkan majikan memperoleh kuasa yang maksimum manakala para pekerja mendapat hak yang minimum untuk bersuara. Orang kulit hitam juga sering digunakan sebagai “strikebreaker” agar pekerja kulit putih tidak melancarkan mogok dan mengajukan permintaan “demand” kepada majikan. Oleh itu, strategi golongan kapitalis menggunakan polisi perkauman telah memperkuat perkembangan kapitalisme Amerika dan perkara ini telah membawa kepada prejudis yang tinggi antara satu sama lain. Selain daripada konflik perkauman yang dicetuskan oleh golongan kapitalis, golongan kulit putih juga mendapat bayaran yang lebih sedikit berbanding orang kulit hitam dan diberikan beberapa kelebihan politik dan sosial. Meskipun begitu, orang kulit hitam menampakkan kepinggiran yang sangat jelas apabila mereka majoritinya mendapat pekerjaan yang sangat tidak diingini. Pekerjaan yang dianggap berprestij dalam kalangan orang kulit hitam terdiri daripada tukang gunting rambut dan cikgu sahaja. Hal ini dapat dilihat di Cincinnati pada tahun 1890 apabila rekod menunjukkan tiada satu pekerja yang berkulit hitam pun bekerja dalam bidang pertukangan dan bidang-bidang kemahiran yang lain. Hal ini menunjukkan bahawa berlakunya berat sebelah dalam pengambilan pekerjaan terhadap orang kulit hitam.

7.     The Pullman Strike
The Pullman Strike merupakan kesan daripada pengamalan kapitalisme di Amerika. Sistem kapitalis membolehkan majikan mengenakan peraturan baharu terhadap pekerja termasuklah mengurangkan gaji. Syarikat Pullman Palace Car menghasilkan ‘sleeping and parlour cars’ untuk kereta api. Syarikat ini turut membangunkan pekan Pullman sebesar 600 ekar dengan menyediakan rumah untuk menyewakan rumah kepada pekerjanya melalui sistem potongan gaji. Krisis ini bermula pada tahun 1884 apabila Syarikat Pullman mengurangkan gaji pekerja sebanguak 33 peratus, tetapi mengekalkan harga sewanya, yang ditolak daripada gaji pekerja. Perwakilan pekerja yang mempersoalkan polisi syarikat dipecat. Keenganan pemilik syarikat ini iaitu George M. Pullman untuk mengurangkan bayaran sewa di pekannya menyebabkan para pekerja melakukan mogok.  Para pekerja Syarikat Pullman telah meminta sokongan Eugene V. Debs dari American Railway Union dan kesatuan telah bersetuju untuk membantu pekerja-pekerja Pullman dengan memboikot Keretapi Pullman. Sebuah konfrontasi telah meletus yang menyebabkan lebih kurang 12 kematian, kecederaan dan kerosakan harta benda iaitu 600 kereta muatan di jalan kereta api Chicago pada bulan Julai 1894. Kesannya, Debs telah ditangkap atas dakwaan konspirasi terhadap konfrontasi dan menerima hukuman enam bulan penjara bagi melemahkan gerakan mogok pekerja. 75 peratus daripada pemogok juga telah disenarai hitamkan daripada diterima semula bekerja dalam sektor kereta api.  

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, pengamalan dasar ekonomi kapitalis di Amerika Syarikat pada abad ke-19 telah menyebabkan timbulnya beberapa krisis dalam kalangan orang Amerika Syarikat terutamanya krisis dalam aspek sosial. Kapitalisme di amalkan di Amerika Syarikat oleh golongan kapitalis yang mana merupakan pemilik syarikat kereta api, syarikat minyak dan syarikat keluli besi. Golongan ini secara langsung telah memonopoli ekonomi disana bahkan kedudukan ahli perniagaan adalah lebih tinggi berbanding ahli politik. Secara langsung, telah membawa kepada berlakunya krisis sosial ekoran daripada pengamalan sistem kapitalisme pada tahun 1877 sehingga tahun 1896. Antara krisis sosial yang dapat dikenal pasti seperti hal yang berkaitan dengan pertambahan penduduk akibat daripada kemasukan pekerja imigran, upah dan keadaan kerja, buruh kanak-kanak dan wanita, asimilasi dan eklusi serta tekanan kehidupan masyarakat di bandar. Secara umumnya pengamalan dasar ekonomi kapitalis di Amerika Syarikat telah mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara golongan yang kaya dengan mereka yang miskin. Persaingan yang sengit dalam ekonomi telah berjaya menyisihkan mereka yang lemah. Kapitalisme juga merupakan satu sistem ekonomi yang menggalakkan pelaburan dan perniagaan secara persendirian, berbanding ekonomi kawalan kerajaan. Melalui sistem kapitalisme yang berlaku di Amerika Syarikat, individu dan syarikat perseorangan berhak untuk memiliki dan menggunakan kekayaan mereka untuk menjana pendapatan sekaligus menyebabkan keuntungan yang maksimum. Selain itu, buruh luaran ataupun golongan imigran diupah untuk melakukan kerja di sektor tertentu dengan kadar gaji yang rendah. Bagi mengawal amalan perniagaan yang berbentuk diskriminasi, kerajaan telah membentuk undang-undang yang pertama iaitu Akta Perdagangan Antara Negeri (Interstate Commerce Act) yang diluluskan pada tahun 1887. Satu lagi akta yang diwujudkan iaitu Akta Anti-Perbadanan Sherman pada tahun 1890 (Sherman Antitrust Act 1890) yang merupakan pengisytiharan Kongres yang pertama menentang kewujudan monopoli.



Krisis sosial di Amerika Syarikat akibat daripada masalah amalan kapitalisme sejak 1877 hingga 1896

Posted by : canalius 0 Comments
       Pengurusan telah diberi pelbagai definsi semenjak bidang ini dikenal pasti sebagai satu cabang yang perlu dipelajari.  Salah satu definsi pengurusan dalam pertukaran abad ialah “Pengurusan adalah satu seni melakukan dan menyiapkan sesuatu kerja dengan cara mengelola dan menyelia kerjasama yang diberikan oleh orang lain. “Orang lain: di sini bermaksud pekerja yang berada di bawah tanggugjawab seseorang pengurusan. Aspek pengurusan merupakan satu perkara yang tidak dapat dipisahkan dari manusia. Pengurusan merupakan satu proses sosial selaras dengan perkembangan manusia dan komuniti di sekeliling. Melihat pula kepada pengurusan sumber warisan adalah perkara yang berkaitan dengan sebarang usaha berkaitan dengan perlindungan (protection), pemeliharaan (preservation) dan pemuliharaan (conservation) ke atas apa juga bentuk tinggalan dan kepentingan sumber warisan yakni tinggalan kebudyaan masyarakat masa lampau sama ada yang berada di daratan atau di bawah air untuk pengetahuan masyarakat kini dan masa depan. Dalam pengurusan sumber warisan terdapat 4 proses pengurusan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal.
          
         Merancang adalah aspek pertama dalam pengurusan sumber warisan.  Umumnya, sebelum sesebuah organisasi menjalankan kegiatannya, ia mestilah merancang, iaitu menentukan terlebih dahulu perkara yang hendak dicapai olehnya. Ini termasuklah menetapkan tujuan, objektif, strategi, program, projek dan kerja yang hendak dilaksanakan. Apabila matlamat telah ditakrifkan secara jelas, satu strategi untuk memperkenalkan sesuatu produk tersebut akan dilakukan. Sebagai contoh ialah strategi pemasaran, promosi dan perluasan pasaran. Demikian juga dalam pengurusan sumber warisan, proses merancang mereka melihat apakah strategi yang sesuai untuk dijalankan berdasarkan kepada modal yang ada dan sekaligus menetapkan sumber yang diperlukan untuk capai matlamat sebagaimana ingin dicapai dalam sesebuah organisasi. Salah satu ialah strategi yang diambil ialah urusniaga iaitu melalui perkhidmatan terhadap barang artifak, monument dan hasil budaya. Justeru itu, untuk memastikan stategi itu tercapai pemuliharaan dan perlindungan hendaklah dilakukan terhadap barang tersebut.

  Proses pengurusan yang seterusnya ialah mengorganisasi. Dalam proses pengorganisasian ini ianya adalah satu proses menyusun sumber yang dimiliki dalam organisasi tersebut seperti manusia dan kealihan manusia (mengikut kepada kepakaran), kewangan, modal iaitu artifak dan sumber budaya lain, maklmuat serta sumber lainnya untuk capai matlamat. Pembahagian sumber yang mencukupi ini adalah penting untuk melaksanakan pelan tindakan yang telah dirancang. Pada tahap ini juga, pengurus akan membentuk stuktur organisasi dan menyusun tugas yang sesuai dalam organisasi iaitu selaras dengan matlamat. Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan dan lain-lain), hierarki, dasar dan prosedur yang dibuat. Aspek kewangan adalah penting untuk memastikan sesuatu matlamat tersebut dapat dijalankan. Dalam sesebuah institu, tanpa wang maka gerak kerja dan matlamat organisasi akan terbantut. Hal ini kerana, setiap perkara yang dilakukan adalah memerlukan budget. Justeru itu, sememanya aspek kewangan ini merupakan satu masalah utama dalam mana-mana institusi.
  
  Proses pengurusan seterusnya ialah memimpin. Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekeraja agar dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cekap dan berkesan. Fungsi terpenting adalah untuk menjamin aktiviti berjalan dengan lancer dan teratur. Justeru itu, bagi mencapai matlamat, faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Dalam pada itu juga, pengurus juga perlu mengamakan gaya kepimpinan yang bersesuaian agar tingkah laku pekerja dapat dikawal secara efektif.
  
Seterusnya proses yang terakhir ialah kawalan. Pengawalan ialah satu proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil akhir tercapai seperti yang telah dijangkakan. Proses kawalan ini adalah melibatkan, seperti menentukan piawaian yang sesuai, mewujudkan sistem laporan berkesan, menyediakan sistem ganjaran menarik, mengadakan pemantauan, mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan. Fungsi pengawasan ini penting kerana dengan melaksankan kawalan, akan dapat mengetahu jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dan objektif tidak dapat tercapai. Justeru itu, dengan adanya kawalan maka pengurus dapat memastikan sama ada matlamat telah tercapai secara berkesan atau tidak.

Secara kesimpulannya, pengurusan dalam sumber warisan iaitu merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal meruapakan aspek penting dalam sesebuah organisasi. Mana-mana organisasi akan melalui proses tersebut bagi memastikan kelicinan tugas dan kelancaran.


PSW: 4 perkara penting mengikut definisi pengurusan sumber warisan.

- Copyright © Sumber-sumber Ilmu Sejarah yang Berbentuk Ilmiah - Blogger Templates - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -